BAB TIGA
SELANGKAH KE SOMMERIES
Ryx tersedar dari tidurnya dan mendapati dia berada di atas sebuah katil empuk bersaiz King yang cadarnya disulam dari benang emas juga sejenis kulit biri biri yang menghangatkan badan.Mata Ryx menerokai keseluruhan bilik dengan bersuramkan cahaya lilin.Ryx mendapati perabot dalam ruang itu lebih cantik dan kelihatan baru jika hendak dibandingkan dengan perabot antik yang terdapat di Rosellian Mansion.Bilik tersebut hanya diterangi dengan beberapa batang lilin yang dipasang di setiap penjuru.Tiada eletrik digunakan.Ryx bangun dan melihat dirinya dari atas ke bawah.Tubuh Ryx dibaluti gaun tidur bewarna putih .Dan apa yang pasti dia tidak mempunyai baju tidur seperti itu.
“Oh..pastilah aku dah masuk dunia mimpi.Kat mana aku ni..”
Ryx baru menyedari yang alam mimpinya sudah bermula.Dia tersengih sengih sendirian apabila melihat sebuah potret besar yang berlukiskan wajahnya bersama seorang lelaki juga wanita tua tergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.Kelihatan lelaki itu memakai mahkota,begitu juga dengan wanita tersebut dan gambarnya sendiri.Potret hitam putih.Petir sabung menyabung di luar langsung tidak menghilangkan perasaan teruja Ryx.Dia membelek belek gambar tersebut.Memang gadis dalam potret tersebut mempunyai rupa yang sama dengannya.
“Oh my god,..aku puteri raja ker?Asyik jadi puteri jer..tak best betullah..”
Ryx membebel sendirian,matanya menyorot kearah sebuah almari yang terletak di sisi katil.Ringan saja tangannya membuka almari yang mempunyuai dua pintu berukir burung phoenix diatasnya.Ryx ternganga apabila mendapati semua baju yang berada dalam almari itu bewarna putih.Ryx memang minat warna putih,tapi mustahillah semua koleksi bajunya bewarna putih.
Setelah almari ditutup dengan perasaan pelik,mata Ryx terpandangkan sebuah peti kayu berukiran cantik dan berbentuk panjang terdapat di satu sudut lain.Ryx cuba membuka peti tersebut dengan kedua tangannya namun tidak Berjaya.Tidak berkunci atau bermangga tetapi tidak boleh dibuka.Ryx memandang peti tersebut dengan geram.
‘BOITE D AGEE TRESOR,,,IC ORDRE TO ES TO OURRIR,,,IC ORDRE TO ES TO REUNION YOUS MEME.. QUAND IC DE’
Ryx menekup mulutnya apabila ayat tersebut secara spontan keluar dari bibirnya dan dengan ajaib juga peti yang ingin dibukanya sebentar tadi terbuka dengan sendiri.Pastilah ini yang dikatakan Profesor Axseran sebagai scene mimpi yang dah ditetapkan.Ryx telah menyebut beberapa patah perkataan Perancis yang pastinya dia tidak pernah belajar.Kaki Ryx terjengkit jengkit menghampiri peti tersebut dan dengan perlahan juga dia menjenguk untuk melihat isi kandungan peti kayu itu.
“Oh my god,aku ahli sihir atau seorang pahlawan pedang??”
Ryx menarik keluar sebilah pedang, satu satunya objek yang terdapat dalam peti tersebut.Sarung pedang saja cukup membuatkan Ryx kagum.Saduran gangsa dan kayu mahogany.Sebaris ukiran Greek ditempa dengan emas di atasnya. Sebiji permata bewarna biru, berbentuk bulan sabit molek terletak di hulu bilah pedang tersebut.Dan apa yang pasti itulah kali pertama Ryx melihat mata pedang yang bewarna hitam pekat bukannya warna perak seperti kebanyakan pedang yang matanya ditempa daripada besi.Ryx melibaskan pedang tersebut ke arah sebuah meja bulat dan mulutnya melopong tidak menyangka yang hayunan nya mampu membuatkan meja tersebut terbelah dua!
“Bagusnya kau ni..sebab kau pedang yang hebat,Aku namakan kau pedang Wind Struck ..Umpama angin yang menderu,Gah gitu.”
Ryx mengucup pedang yang diberi nama Wind Struck dan meletakkan objek tersebut di atas katil.Baru saja dia ingin melangkah ke meja solek,pintu bilik yang sedari tadi terkatup rapat ditolak kuat oleh seseorang.Ryx terkejut.
“Tuan Puteri,istana kita telah diserang tentera Beeston,kita perlu lari,pertahanan kita sudah dikalahkan,tuan puteri cepat salin pakaian ni,saya akan tunjukkan tuan puteri jalan keluar dari istana.”
Kelihatan seorang gadis yang berusia sebaya dengan Ryx termengah mengah berlari dan memberikan Ryx sepersalinan pakaian.Baju gadis itu kelihatan pelik dimata Ryx.Seperti baju zaman purba kala saja.Rambut juga pakaiannya bewarna putih.
“Alamak..takkan baru masuk mimpi watak aku dah nak mati kot??Tak adil betullah..”
Ryx berkata sendirian,agak terkilan jika wataknya mati di permulaan cerita.Seperti robot juga Ryx menyalin pakaian seperti permintaan gadis tersebut.
Elliot memaling wajahnya kebelakang apabila tuan puterinya berkelakuan pelik dengan tanpa segan silu menyalin pakaian di hadapan seorang hamba.Ryx tersenyum puas apabila gaun tidurnya sudah disalin dengan sepasang baju kulit bewarna coklat yang kelihatan cantik ditubuh langsingnya.Pedang Wind Struck disematkan disisi pinggang.Gaya seorang pahlawan saja.
“Cepat tuan puteri,kita dah tiada banyak masa.”
Elliot mengesa.Hairan melihat puterinya yang tenang walaupun istana mereka telah diserang musuh.
“Tunggu sekejap,nama awak apa yer?”Ryx bertanya sopan.
“Elliot.. Tuan Puteri,kenapalah tuan puteri suka bergurau di saat genting macam ni.”
Gadis yang menamakan dirinya Elliot itu lantas saja menarik tangan Ryx yang masih terpinga pinga.Ryx berlari meredah pekat malam melalui susur bangunan lama yang membuatkan mata Ryx tidak leka dari memandang ke kiri dan ke kanan.Kedengaran jerit pekik manusia dari kawasan bawah namun Ryx tidak dapat melihat apa yang berlaku.Langkahnya semakin laju mengikut larian Elliot.Sampailah di satu persimpangan Ryx hampir terjatuh kerana tersadung badan Elliot yang tiba tiba berhenti.
“Elliot,kenapa awak berhen.. ti...”
Kaki Ryx menggeletar apabila terpandangkan sesusuk tubuh haiwan yang badannya seperti gergasi,berkepala harimau dan bertanduk seladang sedang menghadang laluan mereka.Kelihatan juga makluk mengerikan itu memegang sebilah kapak yang saiznya berpuluh kali ganda besar dari kapak biasa.Tangan Ryx menggigil.
“Puteri ,berlindung di belakang saya..Mentagor ni agak berbahaya”
Elliot mengarah keras.Ryx tecengang,bagaimana gadis yang tak mempunyai senjata seperti Elliot mampu melawan makhluk yang 4 kali ganda lebih besar dan tinggi dari mereka ??.Mentagor..tidak pernah pula Ryx mendengar nama makhluk sedemikian sepanjang dia hidup.Jantung Ryx betul betul terasa hampir meletup apabila Mentagor tersebut mula melibaskan kapak gergasinya terhadap mereka berdua.
‘IC PESTER TO ES PETRIFIER’
Elliot menggumam beberapa perkataan sebelum secara automatic Mentagor yang hendak menyerang mereka tidak bergerak dan membeku seperti patung.Ryx tercengang,hebat sungguh gadis itu.Matanya dikedipkan beberapa kali bagi memastikan dia tidak berkhayal.Ryx mengurut dadanya perlahan setelah pasti makhluk hodoh tadi betul betul telah membeku sebelum sekali lagi tangannya diheret Elliot.
“Sihir saya Cuma boleh tahan beberapa minit saja tuan puteri,lebih baik kalau kita percepatkan langkah untuk menuju ke jalan rahsia dan tinggalkan istana ni.”
“Ok.”
Ryx tidak banyak bicara,kalau boleh dia membangunkan diri sendiri dari mimpi ngeri itu pasti sudah lama dia tersedar di Rosellian Mansion.Namun,itu semua mustahil berlaku,dia belum mati dan mimpinya belum tamat.Ryx pasti.. dia berada dalam dunia sihir.Masakan Elliot dengan sewenang wenangnya dapat membekukan seekor gergasi dengan beberapa patah perkataan saja.Larian mereka diteruskan buat beberapa minit sehinggalah Elliot membawa Ryx memasuki sebuah bilik kosong yang hanya mempunyai dinding batu bata biasa.
Telinga Ryx dapat menangkap bunyi larian makhluk besar menggetarkan lantai dan pasti sudah mendekati mereka.Terbayang bayang wajah Mentagor di otak Ryx.Meremang bulu romanya.Ryx pernah masuk ke dalam mimpi ‘NARNIA’ menggunakan mesin DCT,tapi tidak pernah pula dia merasakan ketakutan melampau seperti saat itu.
“Apa yang kita nak buat dalam bilik ni Elliot?”
Ryx menyoal kebingungan.
“Puteri seru Frevios,saya akan buka pintu ke dunia manusia sebentar lagi.Puteri terbanglah ke Sommeries,menyamarlah sebagai manusia biasa,kelak ada dari kesatria Windsour akan mencari tuan puteri.Jangan bimbang tentang kami semua,kami akan pertahankan Windsour dengan sepenuh tenaga.”
Bersungguh sahaja bicara Elliot,Ryx yang tak dapat mencerna kata kata gadis yang rambutnya diikat seperti samurai itu mula menggelabah.Matilah dia.Bagaimana dia mahu terbang,dia bukan burung atau pari pari.Tiada sayap juga.
“Cepat Tuan Puteri,Mentagor tadi sudah hampir dengan kita.”
“Elliot,saya manusia,mana saya ada sayap untuk terbang??”
Ryx semakin gusar apabila Elliot menggesanya.Ditambah lagi dengan bunyi derap kaki yang semakin menhampiri bilik dimana mereka berada.Ryx membayangkan tubuhnya akan tercerai dua jika dilibas oleh kapak yang dibawa makhluk bernama Mentagor itu.
“Puteri,saya merayu,serulah Frevios sekarang,ini bukan masa untuk bergurau..!”
Kedengaran suara Elliot seperti hendak menangis merayu puterinya yang kelihatan aneh malam itu.Ryx memejamkan matanya,berharap akan tersedar dari mimpi..Mulutnya terasa menyebut sesuatu.
‘IC SOMMER FREVIOUS D HIPPIQUE’
Satu cahaya putih menjelma disertai dengan sinaran terang benderang menyebabkan Ryx membuka mata.Dia menggosok gosok mata beberapa kali apabila melihat seekor kuda putih yang mempunyai tanduk dan sepasang sayap tiba tiba muncul.Dan..ternyata Elliot lebih pelik melihat puterinya yang hairan melihat haiwan kesayangan sendiri.Elliot tidak mahu membuang masa.Dia menghampiri dinding bata yang berdekatan dan menghulurkan tangannya seperti ingin memegang sesuatu.
‘SECRETE PORTE D WINDSOUR,, REUNION CHEMIN JE PRINCESSE ROSELLA,REUNION YOUS MEME JE ETRE MONDE’
Ryx yang pasti sesuatu keadaan pelik akan terjadi apabila Elliot menggumam perkataan yang tak difahaminya segera melihat gadis itu.Dinding yang tadinya molek terbentuk dan gah berdiri sedang merekah dan akhirnya membentuk satu lubang besar.Satu sinar terang muncul dari lubang itu.
“Cepat Tuan Puteri,naik ke atas Frevios.Tuan Puteri akan tiba di Sommeries sebelum matahari terbit.”
Ryx mengikut kata kata Elliot seperti orang dungu.Dalam kepelikan,kakinya sudah melangkah ke atas kuda bernama Frevios.Seperi sudah biasa pula Ryx menunggang kuda bersayap itu.Kuda itu hanya diam dan membenarkan Ryx menunggangnya.
“Elliot,marilah terbang bersama saya.!”
Ryx menghulurkan tangannya kearah Elliot apabila melihat pintu bilik tersebut telah dipecahkan oleh sekumpulan Mentagor.Elliot hanya menggeleng geleng kepala tanpa perasaan gentar.
“Terima kasih atas jasa tuan puteri,tuan puteri hiduplah dengan baik baik di Sommeries,kelak manusia juga akan menyanjung Puteri Rosella seperti mana kami makhluk Windsour menyanjung tuan puteri.Jagalah pedang Windstruck sebagai tanda Puteri Rosella adalah tuan kami..Selamat tinggal Puteri ku..”
“Elliot,Jangan!!!”
Serentak dengan itu juga Frevios terbang merentas lubang yang diseru Elliot dan sebaik saja tubuh Ryx melepasi rekahan itu,Elliot menggumam beberapa mantera dan sekaligus batu bata yang tadinya runtuh bercantum kembali.Tinggallah gambaran Elliot dengan puluhan ekor Mentagor di bayangan Ryx.
Ryx yang kini berada diatas Frevios terbang melayang dari langit menuju ke satu lokasi.Apa yang pasti Ryx tidak dapat melihat satu objek pun kecuali rasa badannya seperti melayang dibawa angin.Hanya badan Frevious yang bersinar terang memberikan Ryx sedikit cahaya untuk bernafas.Ryx kebingungan.
“Oh Ryx,ini Cuma mimpi dan Cuma sebuah cerita yang dikarang manusia..kau tak payahlah nak emosi sangat..ini bukan betul pun..”
Ryx berkata sendirian,menyedapkan hatinya yang rasa bersalah kerana meninggalkan Elliot yang baru dikenali beberapa saat bersama sekumpulan makhluk mengerikan.Semangatnya tiba tiba naik apabila melihat terbitnya matahari memancar bumi dari ufuk timur setelah beberapa jam terbang dan Frevios mendarat di atas tanah.Ryx turun dari kuda bersayap itu dan menyembamkan mukanya ke tanah.
“Akhirnya..sampai juga aku dekat satu kawasan yang aku pasti bernama bumi.”
Ryx bercakap sendirian sambil menepuk nepuk badan Frevios yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi.Ryx yang tadinya senyum teruja mempamerkan wajah terperanjat apabila melihat Frevios.Kedua sayapnya sudah hilang.!!!.Ryx mengelilingi kuda tersebut beberapa kali dengan perasaan pelik.
“Frevios,mana sayap kau?Takkan dah hilang kot?Aku baru nak ajak kau terbang di waktu siang,aku tak nampak apa pun masa kau bawa aku terbang malam tadi?.”
Ryx bertanya kearah kuda itu,manalah tahu kuda itu akan berkata kata seperti dalam sesetengah dongeng yang ditontonya.Namun Ryx hampa apabila Frevious tidak memberikan apa apa respons.Mulut Ryx juga tidak mengeluarkan mantera mantera sihir secara spontan lagi.Ryx yang mendapati dirinya berada di pinggir hutan segera saja menarik tali putih yang tergantung dileher Frevios.Membawa haiwan itu berjalan disisinya memasuki hutan yang yang jarang ditemui pada tahun 2017.
“Macam manalah keadaan Elliot yer...Miley,Max,Sam,dan,Zac juga.Kesian mereka kena masuk dalam mimpi yang pelik macam ni,harap harap mereka baik baik saja...”
Ryx berjalan perlahan sambil bercakap sendirian.Bimbang memikirkan keselamatan rakan baiknya yang turut sama memasuki mimpi itu.Frevios hanya mengikuti langkah Ryx seperti angin.Langkah Ryx tiba tiba terhenti apabila mendengar suara jeritan sayup sayup meminta tolong.Semakin lama semakin dekat,dan hampir dengan dirinya.Ryx sudah mengeluarkan pedan Windstruck.Kemungkinan saja Mentagor menjejakinya ke hutan itu.Bunyi ranting ranting dipijak semakin kuat.Ryx memegang kuat tali Frevious,menguatkan semangatnya yang semakin goyah.
“Tolong..tolong saya..ada sekumpulan perompak sedang mengejar saya.!”
Seorang gadis cantik tiba tiba saja memeluk tubuh Ryx.Ryx menghela nafas lega.Mujurlah manusia..Tubuh gadis malang itu kelihatan calar balar dan dipenuhi luka luka kecil.Pastilah kerana gadis itu memakai sepasang gaun sutera labuh tidak berlengan yang hanya sesuai dijadikan pakaian dalam dan bukannya sebagai pakaian memasuki hutan.Tubuh gadis itu menggigil kuat.
Ryx berdiri dihadapan perempuan itu apabila sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang menghampiri mereka.Kedengaran hilai tawa pemuda pemuda berkepala botak yang Ryx pasti adalah spesies manusia.. apabila melihat dirinya cuba mempertahankan wanita malang itu.Perut Ryx terasa kecut.Sepanjang dia jadi penyanyi pun,tidak pernah dia dikerumuni 12 orang lelaki yang berniat ingin mencederakannya.
Para perompak itu mulai diam apabila ketua mereka yang memiliki badan gemuk dan bermisai tebal menghampiri Ryx.Ketua perompak yang pada mulanya tawa mengilai,tiba tiba terdiam apabila matanya bertembung dengan anak mata Ryx.Tukul besi yang tadinya digalas di atas bahu tiba tiba jatuh ke tanah.Ryx yang turut sama terkejut menapak kebelakang beberapa langkah.Mata ketua perompak itu masih tidak berkelip memandangnya.
“Apa niat kau orang mengejar gadis ini?Dimanakah maruah kamu semua sekumpulan lelaki mengejar seorang gadis yang tidak bertenaga!.”
Ryx tidak dapat mengawal mulutnya.Ayat ayat spontan mula keluar dari mulutnya.Setiap perompak yang bertembung mata dengan Ryx terpaku dan membisukan diri.Ryx menelan liur.Matilah dia.
“Kami cuma berniat mengumpul harta..kami merompak perempuan ini yang penuh dengan emas dan permata di kudanya..”
Ryx dan wanita tersebut terpegun apabila kesemua perompak tadi tiba tiba melutut di atas tanah seperti orang bodoh.Mata mereka semua masih tak berganjak dari memandang wajah Ryx.Ketua perompak tadi bangun dan menghampiri Ryx.
“Aku akan jadi ketua perompak puak Haggerstone yang paling terkenal kalau dapat memiliki gadis secantik kau..”
Baru saja tangan ketua perompak itu ingin menyentuh pipi Ryx,Ryx menepis kuat.Perompak itu mendengus kasar.
“Jangan kau berani menyentuh aku!!!Cakap saja apa yang kau mahu,asalkan jangan kau usik maruah aku dan perempuan ini.”
Tengkingan Ryx menyebabkan semua perompak tersebut berdiri kembali.Mereka sudah menggoyangkan senjata masing masing seperti hendak menyerang.Ryx menelan liur.
“Baiklah,kalau kau mampu bagi kami semua seuncang emas seorang,kami akan lepaskan kau berdua.Kalau tidak,..kami akan tawan kau wahai si cantik jelita dan jadikan perempuan itu sebagai pelacur.”
Sekali lagi hutan itu dipenuhi dengan gelak tawa menyakitkan hati yang keluar dari mulut mulut penyamun yang berasa bangga dengan cadangan ketua mereka.Ryx binggung,dari mana dia mampu mendapatkan emas ketika itu.Kalau di tahun 2017,mintalah berapa banyak emas pun yang mereka mahu,pasti Ryx mampu memberinya.Wajah ketakutan gadis yang bersembunyi di belakangnya dipandang penuh simpati.Ryx meraba raba poket seluarnya..
‘AIDE IC..CROQUESE CONTREFACON GABION,..”
Mulut Ryx mengeluarkan sebaris ayat sebelum tangannya merasakan beberapa ketulan berat tiba tiba memenuhi poket seluarnya.Ryx dengan selamba melemparkan setiap seorang dari penyamun itu dengan seuncang emas yang datang entah dari mana.Ketua perompak dan koncu koncunya seperti tidak percaya yang Ryx memiliki emas sebanyak itu.Namun,mereka menepati janji,sebaik saja barang tawaran yang dikehendaki berada di tangan masing masing,mereka berlalu pergi.Ryx menghembus nafas lega.Frevios kelihatan diam saja.
“Terima kasih awak,kerana sudi membantu saya..”
Wanita yang tadinya diserang ketakutan kini sudah berani bertentang mata dengan Ryx.Seperti perompak perompak tadi,Marien turut terpegun apabila menatap wajah Ryx.Marien tidak bergerak sehinggalah Ryx melambaikan tangannya di wajah wanita itu.
“Awak ok ker?Saya R..Rosella,..”
Ryx menghulurkan salam perkenalan,entah kenapa mulutnya menyebut nama Rosella bukan Ryxelea.Gadis itu terpinga pinga seketika sebelum menyambut salam Ryx.
“Saya Marien,panggil saja saya Mary.Pertama kali melihat perempuan secantik awak..”
Mary memuji secara spontan.Sepanjang dia berada di Sommeries tidak pernah dia berjumpa perempuan secantik Rosella.Marien yang seringkali dipuji dalam kalangan wanita tercantik di Sommeries merasakan dirinya mempunyai kecantikan yang biasa jika dibandingkan dengan Rosella yang telah menyelamatkannya. Ryx hanya tersenyum.Baju kulit yang tersarung ditubuhnya dibuka dan disarungkan di tubuh Mary.Ryx hanya memakai baju tipis yang diperbuat dari kapas seperti singlet.Ryx mengarah Mary menaiki tubuh Frevios,Ryx lebih senang berjalan disisi kuda itu daripada menunggangnya.
“Mary,apa yang awak buat dalam hutan ni berseorangan,kan merbahaya?”
Ryx bertanya ramah,sambil berjalan perlahan disisi Mary yang berada diatas Frevios.Ryx mengikut kudanya tanpa hala tuju.
“Saya dan enam orang pengawal saya baru pulang dari pekan berdekatan,tidak sangka pula yang perompak Haggerstone menyerang kami di tengah jalan,para pengawal saya telah mati dibunuh.Mereka memang kejam.Nasib saya agak baik kerana dapat melarikan diri dan berjumpa dengan awak Rosella.”
Ryx mengangguk tanda faham.Haggerstone..mungkin nama perompak yang ditemui mereka sebentar tadi.
“Rosella,awak berasal dari negara mana,tidak pernah pula saya melihat kelibat awak di sekitar Sommeries?”
“Saya lahir di BEVERLY HILLS.Satu negeri yang sangat kecil terletak jauh dari tempat ni..Saya ni seorang pengembara Mary..tiada tempat tinggal tetap,saya berjalan dan terus berjalan melihat keindahan setiap kota.Saya nak pergi ke Sommeries sebenarnya,tapi tak tahu mana jalan yang mahu dituju.”
Ryx menokok nambah cerita mengikut sedap mulutnya berkata.Tidak pula dia rasa bersalah.Masakan ada manusia dari zaman purba yang tahu kewujudan BEVERLY HILLS atau U.S.A pada masa itu.
“Saya tak pernah keluar dari Sommeries jadi saya tak berapa tahu pasal Negara luar.Tapi..kalau awak nak ke Kota Sommeries saya akan tunjukkan jalan nya dengan senang hati.Kota Sommeries tak jauh dari sini..Itupun kalau awak sudi..”
“Dengan berbesar hati saya sudi...”
Mary melemparkan senyuman manis kepada Ryx.Dapat juga dia membalas budi penyelamatnya walaupun sedikit.Mereka berjalan beriringan merentasi hutan...