BAKAL ISTERIKU,GANGSTERNYA!!!BAB 2,3
BAB 2
Syamrein termenung seketika di meja gurunya,pen merah yang tadinya bergerak menanda buku kini bermain main di bibirnya sendiri.Entah kenapa..wajah ‘kakak angkat’ Ika,menyapa benak fikirannya sehingga melalaikan fokusnya pada kerja.Mungkin kerana..gadis itu cantik.Tapi...Syamrein bukan jarang berjumpa gadis cantik,sentiasa ada gadis gadis jelita yang ingin mendampinginya namun tidak pula hatinya terusik.Pertemuannya dengan gadis yang digelar “princess” itu benar benar menghairankan.Seperti ada aura yang menyebabkan fikirannya menerawang mengingati wajah putih bersih itu.
“Cikgu termenung apa tu,teringatkan buah hati ker??”
Teguran dari Amanda Natasha Dato’ Musa atau lebih dikenali dengan nama Amanda memeranjatkan Syamrein.Matanya tertumpu ke arah wajah pelajar Tingkatan 5 Sains itu,memerhati gadis yang agak ‘gedik’ di matanya itu dari atas ke bawah.Syamrein hanya mampu mengeleng kepala apabila melihat sebahagian dari betis gebu pelajarnya itu terdedah setelah mengenakan pakaian pasukan sorak.Memanglah Amanda merupakan ketua sorak Sekolah Omega,namun dia tidak menyangka pula yang skirt “cheer leader” paling singkat jika hendak dibndingkan dengan ahli sorak yang lain.Apa...semua ‘cheer leader’ pun berpakaian pendek dan seseksi Amanda ker???.Tidak pula Syamrein mengetahuinya...
“Ya,Amanda..ada apa apa yang cikgu boleh bantu?”
Syamrein bersuara lembut,memandang wajah Amanda yang sememangnya cantik namun tidak pula terlintas hati Syamrein untuk mengurat pelajarnya yang berdarah kacukan British itu walaupun Amanda sentiasa memberi respon untuk mendekatinya.
“Cikgu,kita orang ada latihan sorak kat Dewan Serbaguna Elit kejap lagi,cikgu boleh join tak,boleh cikgu komen kita orang punya persembahan?”
Amanda mengesel geselkan peha nya di tepi meja Syamrein.Menunggu jawapan positif dari guru baru yang menjadi sebutan dan kegilaan semua pelajar perempuan juga guru wanita sekolah Omega.Amanda juga tidak terkecuali dari mengilai kekacakan guru yang sangat sempurna di matanya itu.Syamrein melihat jam tangannya,pukul 2.00 petang.Waktu tamat bekerja.
“Maaf Amanda,tapi saya bukan guru pasukan sorak..tak pandai nak menilai pun persembahan awak bagus atau tak.”
Syamrein menjawab sejujurnya.Amanda mendengus kecil,sudah banyak kali Syamrein menolak pelawaannya untuk menonton dia beraksi dalam pasukan sorak.Dan..dia cukup tersinggung dengan penolakan itu.
“Tapi cikgu..”
“Alah Syam...kau pun bukan banyak kerja sangat kan,tak payah nilai pun takpe,kita bagi bebudak ni kata kata semangat untuk bertanding jer,boleh kan?”
Rizal yang merupakan guru Sejarah Amanda merangkap kawan baik Syamrein menyampuk perbualan mereka.Sedari tadi dia hanya memasang telinga.Amanda tersenyum lebar mendengar kata kata Cikgu Rizal.
“Betul cakap cikgu Rizal tu,kalau macam tu Amanda tunggu cikgu berdua kat dewan serbaguna yer.”
Amanda berlalu dengan wajah cerianya meninggalkan Syamrein terpinga pinga memandang wajah Rizal.Bukan sahabatnya itu tidak tahu,yang dia tidak suka terlalu rapat dengan Amanda mahupun pelajar pelajar lain jika tidak terbabit dengan hal pelajaran.
“Kau ni Rizal,tak pernah pernah nak tengok dia orang berlatih sorak,apehal hari ni volunteer plak?”
Syamrein bertanya pelik.Dahi nya berkerut.Selalunya Rizal juga berpendirian sepertinya jika menghadapi pelajar pelajar perempuan seperti Amanda.Tetapi tidak kali ini.Rizal tersenyum sumbing.
“Aku sebenarnya nak ajak kau tengok latihan basketball...”
Sekali lagi Syamrein terkejut.Basketball???.Setahunya dia tidak pekak,Amanda mengajaknya untuk melihat latihan sorak bukan latihan basketball.Dan..setahunya juga sekolah Omega tidak mempunyai wakil untuk menyertai pertandingan Basketball.
“Tapi Rizal,sejak bila plak sekolah kita ada buat latihan basketball??”
“Bukan sekolah kitalah...sekolah sebelah,dengar kata hari ni dia orang ada buat latihan dekat dewan serbaguna juga.Aku dah lama tak tengok dia orang berlatih,dia orang hebat tahu.Sebab tu aku nak ajak kau tengok.”
Beria ia Rizal berkata,Syamrein hanya mengangguk angguk kecil.Teringin juga melihat kehandalan pelajar sekolah adiknya bermain basketball.
......
Bella meneguk rakus setin air 100 plusnya setelah lebih kurang satu jam bermain basketball di Dewan Serbaguna Elit.Peluhnya yang terpercik di dahi dikesat penuh cermat oleh Ika yang datang bersama Azimah juga Farah untuk melihat aksinya berlatih.
“Boleh tahan lagi ker Bell,jangan main lama sangat,nanti kaki kau cramp?”
Azimah selaku kakak angkat Bella menasihati gadis yang dianggap seperti adiknya sendiri itu setelah melihat wajah Bella agak merah menahan kepanasan akibat terlalu lama berlatih hari itu.
“Ntah akak ni,tadi latihan sorak,ni sambung latihan basket plak,boleh tahan ker?”
Ika menyampuk.Bella mengambil tuala putih dari tangan Ika dan mengesat sendiri peluhnya.Dia berdiri dan melalukan sedikit warm up.Memang badannya terasa agak kejang,masakan tidak baru saja tamat berlatih bersama pasukan sorak dia terpaksa melatih pasukan basketball pula.Namun,itu semua bukan penghalang bagi Bella untuk memenuhkan masanya dengan aktiviti yang berfaedah.
“Boleh tahan lagi.Satu round jer lagi ni,lepas tu dahlah..”
Bella tersengih memandang tiga sahabatnya itu.Jelas terpancar riak kebimbangan diwajah rakan rakannya itu.Walaupun mereka juga penat setelah berlatih sorak,mereka masih sanggup menemani Bella sambil menonton latihan basketball yang di lakukannya.Sememangnya sahabat sejati...susah dan senang tetap bersama.
“Em..tapi Bell,kalau kau pengsan,takde orang yang berani nak angkat kau tau,kita orang juga yang terpaksa angkat kau nanti..”
Gurauan Farah hanya dibalas dengan cebikan Bella.Apa yang diperkatakan Farah ada betulnya,siapa yang berani mengangkat tubuh Bella jika gadis itu pengsan atau mengalami kecederaan.Pernah satu ketika dahulu,seorang pelajar lelaki junior ditampar Bella kerana ingin mengurut kaki Bella yang sedang kejang.Bella mengatakan pelajar itu ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
Sedang mereka berbual kosong dan bergelak tawa untuk menghabiskan waktu rehat sebelum memulakan pertandingan sesi kedua.Suara suara sumbang mula berkumandang tidak jauh dari tempat mereka berehat.
“Oh..nampaknya hari ni ada betina berlagak jantan nak buat latihan basketball rupanya..tapi maaflah yer,kami gadis gadis menawan ni nak buat latihan yang keperempuanan sikit.”
Selamba saja Amanda memulakan bicaranya sebaik saja terpandangkan wajah Bella di bangku rehat.Pelajar perempuan pasukan sorak Sekolah Omega mula ketawa dibuat buat atas penyataan kurang lawak Amanda itu.Amanda menjeling tajam ke arah Bella sebelum berdiri di tengah tengah dewan dan memasang muzik untuk mereka memulakan latihan sorak tanpa mengendahkan pandangan pelajar Merien.
“Gadis gadis menawan???Keperempuanan??,gila ape..”
Farah mengajuk kata kata Amanda sambil mendengus geram.Tidak percaya yang Amanda seberani beraninya mengutuk Bella di khalayak umum.
“Dia orang ni banggang ke apa,kita kan dah tempah dewan ni untuk latihan.Minggu lepas sekolah dia orang berlatih,minggu ni sekolah kita lah plak.Tak cukup lagi ker??”
Ika mengenggam buku limanya.Betul betul tidak berpuas hati dengan aksi pelajar Sekolah Omega itu.Dewan Serbaguna Elit ialah dewan terbuka untuk mana mana sekolah mengadakan latihan sukan sama ada,latihan sorak,basketball,netball dan badminton.Penggunaan dewan itu dilakukan secara bergilir untuk memastikan tidak timbul sebarang pergaduhan antara pelajar sekolah untuk melakukan latihan sukan.Terutamanya Sekolah Omega dan Sekolah Merien.
“Macamana Bell,nak teruskan tak?”
Nazarul yang merupakan salah satu pemain utama basketball Sekolah Merien bertanya kepada Bella selaku jurulatih mereka.Bella kelihatan tenang sahaja.
“Relaks kejap,bagi aku 5 minit.”
Bella bercekak pinggang,Naz menghela nafas panjang dan para pelajar Merien sudah tersenyum sinis.Matilah Amanda sebentar lagi!!!.Princess mereka sudah bercekak pinggang,pastilah ada incident yang menarik bakal berlaku.
Sementara itu di satu sudut,kelihatan dua penonton sedang meninjau aktiviti yang dilakukan pelajar mereka.Mata Syamrein tertumpu pada wajah jelita, berjersi ungu gelap,rambut bertocang kuda yang sedang bercekak pinggang di sisi dewan sambil memerhatikan pasukan sorak Omega berlatih.Kelihatan juga adiknya berada di samping Bella.
“Aik,bebudak Merien dah habis berlatih ker,cepatnya..”
Rizal merungut.Syamrein hanya diam,masih terpaku melihat Bella yang pasti tidak melihat kewujudannya disitu.
“Budak Amanda memang sengaja cari pasal..yang dia pergi buat persembahan tengah tengah dewan tu ape hal lah..”
“Eh Rizal,kau kenal tak budak perempuan yang bercekak pinggang kat tepi court tu??”
Syamrein tidak mengendahkan kata kata Rizal,malahan dia sibuk bertanya perihal Bella kepada sahabatnya itu.
“Oh..itulah jurulatih Basketball Merien,Bella namanya,dialah jurulatih perempuan pertama yang paling hebat aku pernah tengok.”
“Hahh,jurulatih??Dia pandai main basketball??Aku macam tak percaya jer??”
Syamrein agak terkejut,tidak menyangka yang Rizal mengenali Bella.Lagi tidak menyangka yang Bella merupakan jurulatih basketball,sebuah permainan yang majoritinya dimainkan oleh lelaki.Betul ker Bella boleh bermain basketball??.Tapi..takkanlah Rizal menipunya pula??.
Lagu ‘Bye Bye by Nsync’ memenuhi dewan serbaguna itu.Pasukan sorak Omega kelihatan bersungguh sungguh menujukkan bakat mereka.Lebih tepat menunjukkan keseksian mereka dengan mendedahkan peha juga betis yang seksi lagi gebu kepada pandangan pelajar lelaki.Ramai juga pelajar yang tiada kait mengait dengan latihan itu berada di dewan serbaguna elit,pastilah mereka teruja menonton latihan basketball juga latihan sorak.Para pelajar Merien hanya diam menunggu tindakan Bella.
Sewaktu Pasukan Sorak Merien melakukan formasi pyramid sebagai klimaks persembahan,Amanda berada di posisi yang paling atas selaku cheer leader.Baru saja dia ingin bertahan dijulang rakan rakannya dengan ketinggian dalam sepuluh kaki sebiji bola basket betul betul menghentam kepalanya dari belakang.Terjerit pekik Amanda seketika,nasib baik peserta sorak lain sempat menyambut tubuhnya sebelum terhempas ke lantai dewan itu.Para pelajar Merien bersorak riang secara tiba tiba.
“Maaf,tak sengaja.Aku nak shoot bola ni dalam basket goal,tapi terhentam kepala cheer leader Omega plak..,mungkin sebab kepala kau sama besar dengan basket goal tulah Amanda..”
Bella tersenyum tidak bersalah berjalan menuju ke arah Amanda yang sedang mengosok gosok kepalanya,sakit di hentam bola yang dibaling Bella tadi.
“Kau yer,memang perempuan celaka lah.!”
Amanda cuba memulakan pertelingkahan namun suara Syamrein membekukan keadaan.
“Cukup Amanda,cikgu tak nak tengok kamu berdua bergaduh.!”
Syamrein dan Rizal yang jadi saksi kepada incident yang tidak disangka sangka sebentar tadi menghampiri pelajar sekolahnya mengelak dari berlakunya sebarang pergaduhan.Syamrein yang sememangnya memerhatikan Bella sedari tadi tidak menyangka yang gadis itu membuat balingan tepat kearah kepala Amanda dari arah belakang sewaktu Amanda melakukan formasi pyramid.Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata saja tanpa sempat Syamrein berbuat apa apa.
“Tapi cikgu,betina ni dah baling kepala saya dengan bola,kurang ajar betul!”
Amanda cuba menerkam Bella namun tubuh Nazarul juga lapan orang pemain lelaki basketball Merien menghalang Amanda dari menyentuh tubuh princess mereka.Pelajar perempuan Omega tidak berani masuk campur,mahu mereka dibelasah pemain basketball Merien yang berbadan tegap lagi kental.
“Kan Princess kami dah cakap yang dia tak sengaja,kau tak faham bahasa ker?”
Farah mula berkata kata,walaupun dia tahu Bella sengaja memabaling kepala Amanda dengan bola,tetap juga dia menyokong gadis itu.Mulut Amanda yang sewenang wenang mengutuk princess mereka sewajarnya diberi pengajaran.
“Saya tak buta,saya memang nampak awak sengaja baling kepala Amanda dengan bola tu tadi.Sekarang Bella,saya nak awak minta maaf dekat Amanda.Saya tak pedulilah sama ada awak pelajar saya atau pelajar sekolah lain,awak harus minta maaf.!!!”
Atikah menelan liur,kenapa pula abangnya itu campur tangan.Memang cari pasal betul.Mulut Bella melopong,tidak menyangka pemuda kacak yang dikenalinya sebagai kawan Ika yang ditemuinya di mall kali lepas merupakan guru Sekolah Omega.Lagi tidak menyangka yang guru itu berani meminta dia memohon maaf dengan Amanda.
“Huhh..minta maaf???.Kalau saya pecahkan kepala dia dengan bola tadi tu,barulah saya harus minta maaf dengan ibu bapa dia.Tak ingin saya minta maaf dengan perempuan gedik macam dia tu walaupun hukumnya wajib...”
Kata kata Bella mengundang tawa mengejek rakan rakannya ke arah Amanda juga Syamrein.Syamrein merenung tajam mata Bella yang redup.Gadis ini memang kurang ajar!!
“Orang kata,kita ni hidup biar berbahasa,jangan harap muka jer cantik tapi mulut macam longkang!”
Semua yang berada di situ tercenggang atas kata kata pedas Syamrein yang dituju khas untuk Bella.Bella menarik nafas perlahan..
“Saya tak peduli apa orang kata..apa yang saya nak kata..kita ni hidup kadang kadang berbahasa,kadang kadang berkata dengan bahasa yang luar biasa.Jangan harap muka jer kacak,tapi bila bercakap bersembur air liur sebaldi.”
Pelajar Merien sudah berdekah dekah ketawa mendengar jawapan merapu princess mereka.Tengku Atikah tidak terkecuali mengetawakan abangnya yang tika itu wajahnya seperti sotong kena jemur bawah matahari.Bella memerli Syamrein berbicara sehingga bersembur air liur!!!.Padahal...takdepun..saja je bikin sakit hati.Syamrein beristigfar panjang dalam hatinya.Kalau diikutkan hati mahu ditumbuknya muka Bella saat itu.
“Bercakap dengan perempuan yang bermulut longkang dan tak faham bahasa macam awak ni memang menyakitkan hati!”
“Saya memanglah tak faham banyak bahasa..saya orang melayu cikgu,kalau setakat bahasa melayu dengan inggeris tu saya fahamlah...Tapi..apa yang pasti mulut saya tak berbau longkang,betul tak Naz??”
Bella meletakkan lengannya di bahu Nazarul sebelum menghembuskan nafas mulutnya pada pemuda itu.Nazarul hanya tersengih dan mengangguk angguk kecil.Sekali lagi para pelajar Merien bersorak.Seperti menonton pertandingan bahas pula ketika itu.Giliran Syamrein melopong,tidak menyangka yang adiknya mempunyai ‘kakak angkat’ yang sangat tidak bermoral dan kurang ajar seperti itu.Sakit betul hatinya melihat Bella.Baru saja Syamrein ingin membuka mulut,suara seorang lelaki yang dikenali mereka mematikan segalanya.
“Hahh Amanda,kan saya dah pesan jangan guna kan dewan serbaguna ni untuk buat latihan sorak.Sekolah Merien dah tempah dewan ni untuk latihan sukan mereka minggu ni.Kenapa awak tak nak dengar cakap saya??”
Kedatangan Haji Ghani selaku pengetua Omega menyelamatkan keadaan.Amanda mencebik bibir.Dia memang sudah mendapat amaran dari pengetua agar tidak menggunakan dewan serbaguna itu dari awal lagi.Namun untuk menarik perhatian pemain lelaki basketball sekolah Merien dia mengingkari perintah pengetuanya.
“Maaf kan pihak sekolah kami cik muda Bella,sila teruskan latihan anda.Saya akan pastikan pelajar sekolah saya takkan menganggu latihan cik muda lagi.”
“Terima kasih cikgu.”
Bella sempat berterima kasih kepada pengetua Omega yang selalu membantunya itu.Masakan tidak,pengetua Omega ialah salah seorang dari sahabat Tan Sri Iskandar,sudah tentu dia akan menghormati Bella seperti menghormati Tan Sri Iskandar juga.
“Ha,Cikgu Syamrein dengan Cikgu Rizal,awak boleh tinggal di sini untuk lihat macammana Cik Muda Bella melatih team basket ball sekolah mereka.Mungkin tahun yang akan datang,sekolah kita dapat menghantar pasukan basketball juga??.”
Bella tersenyum sinis mendengar pemintaan Haji Ghani,Bella mengebam bola yang berada di tangannya dan menuju ke arah Syamrein.Dia berbisik di telinga pemuda itu.
“A..ah Cikgu Syamrein,saya pun teringin nak ajar awak main basketball,elak elak tadi saya baling kepala Amanda dengan bola basket,lepas ni kepala cikgu plak saya masukkan dalam ring goal.”
“Saya langsung tak ingin nak tengok muka ‘biadab’ awak tu,apalagi untuk melihat aksi budak perempuan tak bermoral dan kurang ajar macam awak ni.Saya jijik,buat sakit mata jer!!.Assalamualaikum pengetua.”
Haji Ghani tercenggang seketika sebelum menjawab salam Syamrein yang berlalu pergi dengan pasukan sorak Omega.Amanda kelihatan cukup berpuas hati apabila Syamrein kelihatan membenci seteru utamanya itu.
“Waalaikummussalam.”
Sekali lagi mulut Bella melopong,tidak menyangka yang pemuda itu benar benar mampu buat telinga juga hatinya mendidih sama.Akhirnya,Bella juga membatalkan latihan basketball dan pulang awal ke rumah.
BAB 3
Tan Sri Iskandar membelek cermin kereta Toyota Camry kepunyaannya sebaik saja tiba di Villa Cenderawasih.Dia menunda penerbangan ke Amerika Syarikat untuk melihat Bella sekaligus merancanakan perancangan yang telah lama direncana bersama Tengku Hariz dan Tengku Maria.Cermin keretanya molek sahaja,pastilah Pak Mail sudah menukarkan dengan yang baru.
“Selamat pulang Tuan Besar,Tuan Besar apa khabar?”
Mak Jah selaku ketua pembantu rumah yang menjaga kebersihan juga makan minum Bella menyambut majikanya itu dengan penuh mesra.Bagasi Tan Sri Iskandar diambilnya penuh cermat.
“Saya baik Mak Jah,Mak Jah apa khabar sihat?Puteri saya ada menyusahkan Mak Jah tak?”
“Mak Jah sihat,princess baik aje dengan Mak Jah,Cuma hari ni angin dia tak berapa baik.Adalah tu hal dekat sekolah..”
Mak Jah memberi sedikit penjelasan terhadap keadaan Bella yang kelihatan agak cemberut sejak pulang dari sekolah hari itu.Sudah hampir 30 tahun dia menjadi orang gaji di rumah Tan Sri Iskandar,segala kisah Bella juga perangai gadis itu amat difahaminya.
“Hmph..biasalah tu,dia kalau tak cari pasal dengan bebudak sekolah,mana lengkap hari dia..”
“Amboi papa,sedapnya mulut mengumpat anak sendiri yer.”
Bella yang sedari tadi memasang telinga akan perbualan papanya dengan Mak Jah segera menyampuk.Bella yang tadinya masih naik angin akan kejadian yang berlaku di Dewan Serbaguna Elit melupakan seketika kemarahannya.Tangan papanya disalam penuh hormat sebelum tubuh Tan Sri Iskandar di peluk erat.
“Welcome home papa,i miss you a lot!.”
“Yes princess,papa pun rindukan kamu.”
Bella menyeringai sambil menarik tangan papanya agar duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.Tan Sri Iskandar hanya mengikut langkah puterinya itu.Terlalu rindu akan anak gadisnya yang satu itu sehingga lupa akan hal yang lain lain.Hal ‘cermin kereta’ Toyota Camry yang kononnya akan menjadi isu ‘perang besar’ bila dia berjumpa dengan Bella hanya tenggelam begitu saja.Bella duduk di sisi ayahnya.
“Hmph..princess, papa dengar Mak Jah kata,princess papa ni moody kat sekolah,kenapa yer?”
“Biasalah papa,hal sekolah..small matter..em papa berapa lama kat rumah ni,sehari kerr dua hari?”
Bella bertanya dalam nada memerli,bukan dia tidak tahu yang Tan Sri Iskandar tidak akan berada lama di rumah.Paling lama pun 3 hari.Selepas itu pastilah papanya akan ke luar negara kembali.Namun,Bella tidak pula ambil kisah.Asalkan papanya masih ingat menjenguk dirinya sebulan sekali,itu sudah memadai.Bella boleh hidup sendiri.
“Amboi,perli nampak.Kali ni,papa stay selama sebulan,ada hal penting yang nak dibereskan.”
“Wah..lama tu,..baguslah,papa ada belikan Bell buah tangan tak?”
Bella memandang wajah ayahnya yang masih kelihatan muda walaupun sudah berusia 50 tahun.Bella amat berbangga kerana mempunyai papa seperti Tan Sri Iskandar,walaupun papanya tidak mempunyai ahli keluarga lain,papanya mampu berjaya dengan diri sendiri.Membina perniagaan besar di perantauan bukanlah satu hal yang mudah.Dan..kerana itulah Bella tidak berapa ambil kisah jika Tan Sri Iskandar tidak selalu pulang ke rumah untuk menjenguknya.Papanya terlalu sibuk untuk menguruskan hal yang remeh temeh.
“Ada,papa belikan koleksi dress musim panas jenama ‘A&A’ untuk kamu,papa dah suruh Mak Jah simpan dalam bilik kamu.”
“Really??.Thanks papa.”
Bella tersenyum lebar.Sudah lama dia mengimpikan satu set koleksi baju dari jenama A&A.Ini kerana,jenama itu ialah hasil rekaan ibu angkatnya.,pereka fesyen terkenal ‘Madam Lilian’.
“Princess..papa sebenarnya ada hal penting nak bincang dengan kamu...”
Tan Sri Iskandar mengeluh berat.Dia tidak boleh menangguh nangguhkan hal itu.Wajib cepat diberitahu sebelum semuanya tergendala.Berdebar debar juga hatinya ingin menyatakan perancangan yang agak berbahaya itu.Mahu Bella mengamuk besar jika mengetahui niat sebenarnya.
“Apa apa..papa nak suruh Bell ambik alih syarikat papa ker?Bell masih sekolah lagi..tunggu lepas ada ijazah lah.”
Bella meneka sesuka hati.Tan Sri Iskandar hanya menggeleng geleng kepala sambil meneguk jus oren yang dihidangkan Mak Jah.Tekaknya terasa kering untuk memulakan bicara.Dia tidak pernah berbohong kepada puterinya sebelum ini.Namun,sekarang..untuk masa depan Bella...Tan Sri Iskandar mengentalkan hatinya.
“Bukan ek..em ker papa nak suruh Bell kahwin dengan menantu pilihan papa??Sampai mati pun Bell tak terima ni.”
Tan Sri Iskandar tersedak kuat,tersembur jus oren yang berada di mulutnya.Tak menyangka yang Bella seperti dapat meneka saja perkara yang bermain di fikirannya.
Sampai mati pun tak nak???.Masak lah rancangan Tengku Hariz dengan Tengku Maria...Tan Sri Iskandar panik seketika.Wajah putih bersih puterinya ditenung lama.Wajah Bella tidak mengikut wajah arwah ibunya,Nuryyn Elena atau wajah Tan Sri Iskandar sendiri.Hanya anak mata Bella yang bewarna hazel mengingatkan Tan Sri Iskandar pada mendiang isterinya itu.Bella mempunyai wajahnya sendiri.Wajah yang cantik atas genetik darah kacukan turun temurun keluarga Tan Sri Iskandar juga mama Bella.
“Betul ker papa nak kahwinkan Bell???!”
Bella meninggikan suaranya hingga membuatkan Tan Sri Iskandar terkejut,lamunannya mati begitu saja.
“Ke situ plak kamu ni princess,..taklah sebenarnya papa kurang berpuas hati dengan pencapaian kamu dalam ujian juga peperiksaan matapelajaran Additional Mathemathic...”
Tan Sri Iskandar menarik nafas lagi,dia mengurut lembut dadanya.Bersedia untuk menghadapi sebarang jawapan dari puterinya itu.Mungkin dia akan diserang sakit jantung jika Bella tiba tiba lari dari rumah seperti satu ketika dahulu.
“So??”
Bella bertanya sambil membuntangkan matanya,pelik juga kerana Tan Sri Iskandar tiba tiba sahaja sibuk ambil tahu mengenai pelajarannya.Selalunya Tan Sri Iskandar tidak pernah ambil kisah.Pencapaian mata pelajaran Matematik Tambahan Bella memang agak teruk,dia tidak pernah mencapai gred melebihi gred ‘C’.Mata pelajaran lain memanglah dia teramat expert.Mungkin kerana Bella terlalu malas untuk membuat latihan yang melibatkan pengiraan.
“Papa ingat,nak upah seorang tutor peribadi untuk kamu,supaya kamu,..dapat tingkatkan pencapaian kamu dalam exam..juga make sure untuk dapatkan Straight A’s dalam SPM.”
Agak keberatan juga mulut Tan Sri Iskandar berbicara,melihat wajah Bella yang berkerut kerut lagilah dia berasa tidak sedap hati.
“Papa bukan apa princess..kamu tahu kan..kamu tu pewaris Maaple Corporation,kalau kamu takde kelulusan yang baik,pastilah orang pandang rendah pada kamu..”
Tan Sri Iskandar cuba meyakinkan puterinya.Bella termenung sejenak.
“Ok.Bagus juga kalau ada tutor peribadi ni.”
Tan Sri Iskandar terkejut besar sebelum tersenyum lebar,tidak menyangka yang begitu mudah Bella bersetuju dengan rencananya.Langkah pertama sudah berjaya!.
“Betul ker princess, kamu tak kisah???”
Tan Sri Iskandar bertanya sekali lagi memastikan telinganya tidak salah dengar.Begitu mudah Bella bersetuju...Tidak seperti puterinya yang selalu..
“Tapi Bell ada satu syarat,kalau papa boleh tunaikan,Bell sedia terima tutor peribadi papa tu.”
Tan Sri Iskandar terdiam sejenak,dia tidak sepatutnya mudah bersenang hati.Sudah menduga yang Bella akan meminta sesuatu sebagai gantian.
“Princess cakap dulu apa syaratnya..kalau papa..”
“Syaratnya..tutor Bell tu mestilah lelaki muda,handsome macam artis Korea dan dia mesti lebih pandai dari Bell dalam semua mata pelajaran untuk ajar anak papa yang genius ni.”
Bella ketawa kecil apabila melihat mulut papanya melopong setelah dia memintas kata kata Tan Sri Iskandar.
“Gatal juga anak papa ni yer..,yelah yelah,papa cari yang paling handsome lagi terbaik untuk kamu princess.”
Bella ketawa sambil memicit bahu papanya.Tan Sri Iskandar tahu yang Bella sekadar bergurau.Kalau betul puterinya itu jenis yang ‘gatal’,mudah pula perancangannya dengan Tengku Hariz.Dikahwinkan saja terus puterinya dengan anak teruna Tengku Hariz!
“Alah papa ni,Bell gurau jelah.Tak kisah pun sesiapa yang jadi tutor Bell.Papa bawalah kerumah,Bell terima dengan tangan terbuka.”
Bella membuat keputusan,senanglah hati Tan Sri Iskandar.
“Tapi kan pa, baik papa make sure yang calon tutor Bell tu seorang yang tabah dan penyabar,papa tahu jelah perangai anak papa ni macamana kan..”
Senyuman Tan Sri Iskandar mulai pudar,dia baru teringat yang ini bukan kali pertama dia mengupah seorang tutor peribadi untuk puterinya itu.Masuk kali ini sudah 37 orang tutor peribadi yang mengajar Bella,lelaki dan perempuan..semuanya cuma boleh bertahan tidak kurang dari seminggu mengajar anak perempuannya yang satu itu.!
“Oklah princess,papa janji akan tunaikan satu permintaan dari princess kalau princess dapat layan tutor tu dengan baik dan dapat belajar dengan tutor tu sampailah princess ambil SPM,macamana?”
Bella tersenyum lebar,tawaran seperti inilah yang dinanti nantikannya.
“Ok,ini janji papa.Jangan menyesal atau nak tarik balik.Kalau Bell dapat belajar dengan tutor tu sampai SPM hujung tahun ni,papa akan tunaikan satu permintaan Bell ya,ape ape pon yang Bell minta,janji?”
“Ya princess,papa janji.Kalau kamu nak masuk Julliard University setelah kamu habis SPM pun papa benarkan.”
Tan Sri Iskandar mengumpan,bukan dia tidak tahu yang Bella sudah lama berhasrat untuk menyambungkan pelajaran ke Julliard University.Cuma dia yang kurang bersetuju dengan kehendak puterinya itu.
“Betul ni pa,papa benarkan Bell masuk Julliard??”
Bella bertanya dengan nada begitu teruja.Bukan dia tidak tahu yang papanya paling benci dia berkecimpung dengn dunia muzik kerana muzik tidak termasuk dalam urusan perniagaan mereka.Namun sekarang,pucuk dicita ulam mendatang.Masakan Bella akan menolak jalan yang terbentang luas untuk dia menggapai cita citanya.
“Betullah,takkan papa nak tipu.Tapi kamu kena tunaikan janji kamulah,lepas tu belajar rajin rajin agar Julliard boleh terima kamu.”
“Bestnya papa!!!.Yes,Bell janji akan belajar betul betul dan layan tutor tu dengan baik.!”
Bella melonjak kegembiraan.Tidak pernah dia mendapat berita segembira itu dari papanya.Tan Sri Iskandar terpaksa membuat perjanjian sebegitu untuk memastikan puterinya tidak membuli anak Tengku Hariz dan Tengku Maria sewaktu menjadi tutor peribadi Bella.Apa pun permintaan Bella kelak pastilah akan ditunaikannya jika gadis itu mampu memenuhi syarat perjanjian mereka.
...........................................................
Sejak kelmarin Syamrein tidak lekang dari senyuman,kedatangan Tan Sri Iskandar ke villa ibu bapanya dua hari lepas sangat mengembirakan hatinya.Rakan bapanya itu mengkhabarkan satu berita gembira iaitu Zyya...kawan kecilnya semasa berumur belasan tahun dahulu sudi menjadikannya tutor peribadi.Syamrein tidak sabar sabar menemui Zyya yang mengikut kata Tengku Maria telah membesar secantik bidadari.Sambil menekan minyak kereta Syamrein membetulkan rambutnya yang sudah sedia kemas.Hatinya berdebar debar untuk perjumpaan yang diaturkan oleh Tan Sri Iskandar hari itu.Perbualan keluarganya bersama Tan Sri Iskandar tempoh hari terngiang ngiang di telinganya.
“Syam..pakcik harap kamu boleh hadapi perangai Zyya tu,Zyya memang setuju jadikan kamu tutor peribadi dia tapi itu tak bermakna yang dia akan layan kamu dengan baik,dia bukan Zyya yang kamu kenal 7 tahun dulu,Zyya dah banyak berubah..”
Tan Sri Iskandar mengeluh kecil.
“Pakcik jangan bimbang,Syam janji ... seteruk mana pun perangai Zyya,Syam akan cuba hadapinya.Syam cuma harap,pakcik dapat bantu Syam.”
Syamrein memegang tangan Tan Sri Iskandar memberi semangat kepada orang tua itu untuk mempercayainya.
“Pakcik akan bantu apa yang pakcik mampu Syam,pakcik Cuma taknak kamu sakiti dia,Zyya tu satu satunya darah daging pakcik..”
“Ya pakcik,saya janji takkan sakiti Zyya.”
“Dan Syam..pesanan terakhir pakcik,kalau kamu tak tahan jadi tutor Zyya,apatah menjadikan Zyya isteri kamu,kamu tak perlulah memaksa diri.Kalau kamu berdua dapat berkawan.. itu dah kira cukup baik.Pakcik taknak sebab perancangan ibu bapa kamu dan pakcik sendiri,masa depan kamu dan Zyya musnah..”
Mendatar sekali suara Tan Sri Iskandar,dia sudah berterus terang di hadapan Syamrein juga Tengku Hariz dan Tengku Maria agar tiada kekecohan berlaku di masa depan.
“Ya pak cik,Syam akan ikut nasihat pakcik.”
Kesanggupan Syamrein menyenangkan hati Tan Sri Iskandar.Pertama kali melihat wajah anak teruna sahabatnya itu,hati Tan Sri Iskandar sudah berkenan.Orangnya sopan dan berbudi bahasa.Alangkah eloknya jika Bella disatukan dengan anak kawannya yang elok paras rupa juga pekertinya itu.Tapi...alangkah baik juga jika Syamrein tidak lari keluar dari villanya setelah berhadapan dengan puteri yang begitu biadap tatasusilanya.
“Jadi Is,bila kau nak beritahu Zyya akan perancangan kita ni?”
Tengku Hariz yang sedari tadi memberikan peluang untuk Tan Sri Iskandar berbicara dengan anaknya mula menyampuk.
“Macam yang aku cakap sebelum ni,kalau anak aku dan anak kau si Syamrein ni,suka sama suka,barulah aku boleh bagi tau hal sebenar pada Zyya.Dia awal awal dah cakap, sampai mati pun tak kahwin kalau aku yang tetapkan calon suaminya.Aku harap kau fahamlah Hariz.”
Tan Sri Iskandar mengulang dialog Bella tempoh hari.
“Kami faham Is,remaja sekarang biasalah,tak suka kahwin dengan pilihan ibu bapa macam kita kita dulu..tak kenal maka tak cinta,sebab tulah Zyya cakap macam tu..jadi sekarang ni kita sebagai orang tua bagi dia orang peluang untuk berkenalan,kalau dia orang ni sama suka,barulah kita satukan.”
Kata kata Tengku Maria meniupkan satu semangat yang berkobar kobar dalan diri Syamrein.
“Relakslah Syam..kau dah kenal dengan ramai perempuan,mustahillah Zyya tu teruk sangat,dulu masa dia kecil dia baik aje.Mungkin pakcik Is saja jer nak takutkan aku..Apa yang pasti Zyya takkan seteruk perempuan bermulut longkang tu.”
Syamrein berkata sendirian,dia mula membayangkan zaman silamnya bersama Zyya yang indah dan seronok setiap hari.Jika dia tidak menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat sudah tentu hubungannya dengan Zyya tidak akan putus begitu sahaja.Sedang dia leka mengelamun,satu lembaga yang tiba tiba melintas di depan keretanya membuatkan Syamrein menekan brek mengejut.
‘Gdbangg..!!’
Bumper belakang kereta BMW E60 kepunyaan Syamrein dilanggar oleh sebuah kereta yang berada di belakangnya.Syamrein meninjau keluar,ingin memastikan objek apa yang hampir dilanggarnya tadi. Syamrein beristighfar panjang,seekor kucing kelihatan berada di seberang jalan.Mujurlah bukan manusia.Baru dia ingin menarik nafas lega cermin pintu keretanya di ketuk seseorang.
“Kau keluar,kau keluar dari kereta sekarang,bawak kereta macam takde otak!!!”
Orang yang mengetuk cermin kereta Syamrein kelihatan begitu naik angin.Syamrein tidak melihat wajah manusia yang mengetuk pintu keretanya.Sudah pasti manusia itu ialah pemilik kereta MAZDA RX8 yang melanggar bumper keretanya dari belakang.Dengan mengenakan kaca mata hitam,Syamrein keluar dari keretanya.
“Kau ni pandu kereta trend apa ha??Kat jalan perumahan tanpa kenderaan lain ni pun kau nak brek mengejut ker,kau buta tanpa mata,atau mata letak kat lutut?!!.”
Tengkingan gadis itu membuatkan Syamrein terkejut,suara itu seperti dikenalinya.Syamrein menanggalkan kaca mata.Sah...ada ribut taufan akan terjadi hari ni.
“Awak?!”
“Kau?!”
Syamrein dan Bella terjerit serentak.Keduanya menunjukkan muka benggang teramat...
.................................................
P/S:SESIAPA YANG MINAT ENTRY NOVEL NI,SILALAH SHARE LINK INI DI ‘FACEBOOK’ ANDA..
SESIAPA YAPNG RASE NOVEL SAYE NI BEST,SILALAH TUNGGU MGGU DPAN UNTUK ENTRY SETERUSNYA..
SIAPA YANG RASE CERITE SY NI KURANG BEST ATAU BEST ATAU PERLU PENAMBAHAN,RAJIN2LAH TINGGALKAN KOMEN YER.
THANKS 4 READING..
No comments:
Post a Comment