Friday, October 28, 2011

NOVELOG FANTASI:LADY RYXELLEA DALAM PENGEMBARAAN DUNIA MIMPI BAB 2

BAB DUA
Peraturan MAUT A2TP
Ryx memilih untuk berkumpul di sebuah bilik yang lapang tanpa sebarang perabot didalamnya untuk memulakan rancangannya malam itu.Enam orang manusia duduk di lantai yang diperbuat dari batu bata bewarna coklat cair  membentuk sebuah bulatan besar.Ryx mengambil tempat diantara Profesor Axseran dan disebelah sepupunya,Miley.Semua mata menumpu kearah Ryx yang sedang membuka kotak yang mengandungi mesin mimpi versi baru yang dikatakannya tadi.Sebuah cip panduan dimasukkan kedalam I PAD kepunyaan Zac sebelum Ryx tersenyum kecil.
“Sebelum korang bertanya apa apa,aku nak semua dengar manual mesin mimpi dan peraturannya dengan fokos seratus peratus.”
Ryx berpuas hati apabila kawan kawannya mengangguk tanda faham.Mereka semua menunggu dengan sabar panduan panduan yang akan dibaca Ryx.Semua teknologi yang dihasilkan ayah Ryx mempunyai garis panduan dan cara penggunaan tersendiri.Ryx menekan nekan permukaan I Pad yang bewarna hijau tua sebelum berhenti dan menarik nafas perlahan.
PENGENALAN RINGKAS MESIN A2TP (ADVENTURE TO THE PAST)
1.A2TP  DICIPTA UNTUK MENAIKKAN TARAF MESIN MIMPI DCT(DREAM COMES TRUE) YANG TELAH DICIPTA SEBELUM INI.
2.PENGGUNAAN A2TP TIDAK TERBATAS DENGAN HANYA MENGGUNAKAN CERITA YANG TELAH DITERBITKAN UNTUK TONTONAN RAMAI SEBAGAI LINK UNTUK MEMASUKKAN GELOMBANG OTAK PENGGUNA KE ALAM MIMPI.
3.A2TP DAPAT MEMASUKKAN PENGGUNA KE ALAM MIMPI MELALUI BAHAN BERTULIS YANG TIDAK PERNAH DITONTON SECARA LANGSUNG OLEH MANUSIA.
4.PENGGUNA A2TP TIDAK DAPAT MEMILIH WATAK DALAM PERJALANAN MIMPI SEPERTI PENGGUNAAN MESIN DCT.
5.KETENTUAN WATAK ADALAH SECARA RAMBANG DAN MENGIKUT KEKUATAN GELOMBANG OTAK YANG DITERIMA A2TP.
6.PENGGUNA A2TP DAPAT MEMAINKAN 40% PERJALANAN WATAK  DENGAN KEMAHUAN SENDIRI TANPA MENGIKUT CERITA YANG DIGUNAKAN DALAM A2TP.
7.PENGGUNAAN A2TP ADALAH TERHAD SELAMA 12  JAM BERTERUSAN SEBELUM PENGGUNA DIBAWA BALIK KE ALAM REALITI.
Selesai saja Ryx membaca pengenalan ringkas mesin A2TP,manusia yang berada disekelilingnya mula membuka mulut.
“Aku tak faham dengan peraturan no 6 tu,40 %  KEMAHUAN sendiri tu apa?”
Miley mengerutkan dahi,tanda betul betul perlukan penjelasan.Ryx yang pernah mendengar perbualan ayahnya dengan salah seorang Profesor di Maaple mengenai mesin A2TP mempunyai jawapan bagi soalan Miley.
“Mengikut ayah aku,kalau kita guna mesin DCT,watak yang kita bawa kan tetap dan mengikut scene yang ditayangkan dalam filem yang kita gunakan..tapi mesin A2TP ni..”
Ryx diam seketika.Dia masih ingat bagaimana Miley begitu teruja memilih watak Hermione dalam mimpi Harry Potter atau watak watak heroin dalam setiap filem yang pernah dijadikan mimpinya.
“Oh,aku faham.Maksudnya kita boleh mengawal mimpi kitalah.So cool!!”
Zac terjerit besar menambah perasaan teruja di setiap diri kawan kawannya.
“Lebih kurang betullah apa yang Zac cakap tu,tapi kita Cuma boleh kawal 40% jer,yang lainnya masih fix ikut bukulah.Kita akan kawal perjalanan mimpi bila watak kita takde dalam perjalanan cerita buat sementara waktu..”
“Aku tak faham..”Max masih tak mengerti.
“Contohnya,Miley masuk cerita Harry Potter and The Sorcerer Stone,dia memegang watak Hermione dan watak Hermione langsung tak terlibat dalam pertarungan Harry Potter dengan Lord Voldemort di penghujung filem.Kalau kita guna mesin DCT,watak Miley akan terhenti disitu dan dia akan kembali ke alam reality bila sesuatu  scene yang berkaitan dengan Hermione dah tiada.Tapi..kalau kita guna mesin A2TP,semasa pertarungan akhir Harry Potter tu,watak Miley masih hidup dan disitulah Miley akan menggunakan ‘KEMAHUAN SENDIRI’  untuk meneruskan perjalanan mimpinya hinggalah filem Harry Potter tamat.”
Penerangan panjang lebar Profesor Axseran Jester membuatkan Ryx bersama teman temannya melopong.Memang betullah Profesor Axseran abang Profesor Clyyne,sebab itulah otak mereka berfungsi dengan begitu baik.Ryx dan kawan kawannya mengangguk tanda faham.
“Kalau macam tu,mesin A2TP ni memang betul betul hebat,apa lagi..jomlah kita tidur!!”
Miley yang begitu teruja cepat saja ingin melangkah ke alam mimpi,namun ditegah oleh Ryx.
“Tadi baru pengenalan ringkas,kau tunggu aku habis baca peraturannya dulu baru boleh tidur.”
Mereka semua tergelak besar apabila Miley yang tadinya tersenyum lebar menarik muka masam atas kata kata Ryx.
PERATURAN YANG WAJIB DIIKUTI PENGGUNA A2TP
1.SESEBUAH MESIN A2TP MENGHADKAN NILAI MAKSIMUM 5 ORANG DALAM SESEBUAH MIMPI.
2.WATAK PENGGUNA A2TP DI ALAM MIMPI TERBATAS MENGIKUT GELOMBANG OTAK.TIDAK BOLEH DIPILIH DAN WATAK TAK TERKAWAL.
3.MASA MIMPI TERHAD,MAKSIMUM 12 JAM.
4.PENGGUNA AKAN KEMBALI KEALAM REALITI APABILA CERITA YANG DIGUNAKAN TAMAT ,ANTENA MIMPI DICABUT ATAU WATAK MIMPI PENGGUNA DALAM CERITA  YANG DIGUNAKAN TELAH ‘MATI’.
5.SATU ANTENA MIMPI DIPERLUKAN OLEH SETIAP ORANG PENGGUNA A2TP.
6.MESIN A2TP WAJIB DIMONITORKAN OLEH SEORANG MANUSIA BERAKAL WARAS DI ALAM REALITI SEBELUM MEMULAKAN MIMPI PENGGUNA.
7.PASTIKAN TUBUH  PENGGUNA A2TP BERADA DALAM KEADAAN HIDUP DAN SIHAT SEPANJANG MENGGUNAKAN MESIN A2TP...
Ryx mematikan ayatnya tiba tiba.Tidak meneruskan ayat terakhir yang terpamer di monitor I Pad itu.
Ok,thats all,sesiapa yang tak faham,boleh tanya.?”
Ryx menutup IPad dan mengembalikannya kepada Zac.Mereka semua diam seketika sebelum tersenyum sesama sendiri.
“Apa lagi,jomlah kita mengawal dunia mimpi!!!”Miley menjerit kuat.
“Untuk langkah keselamatan,aku akan gunakan cerita pendek dulu untuk test pertama,aku setting masa 15 minit dan keputusan mimpi korang akan menentukan samaada mesin ini selamat digunakan atau tak.”
Mereka berempat mengeluh hampa apabila Ryx menunjukkan Fabel Donggeng Little Mermaid.Tiada cerita lainkah yang hendak digunakan sebagai experiment??Mengapa mesti fable donggeng kanak kanak itu.
“Aku Cuma perlukan 3 orang,siapa yang volunteer nak masuk alam mimpi ikan duyung?”
Max,Miley dan Sam serentak mengangkat tangan dan Zac hanya membuat muka tak berminat.Zac lebih gemar memerhatikan Ryx,seperti dapat membaca sesuatu yang menghairankan di wajah gadis itu.
“Mana ada cerita ikan duyung... lelaki yang sibuk nak berlakon ni,apalah kau orang ni ek??Tapi..tak pelah..Buktikan kat aku yang mesin A2TP  dapat buat kau orang seronok,bersedia untuk tidur.”
Miley,Max dan Sam malas bertanya lagi..Mereka terus berbaring diatas lantai.Tidak mempedulikan kesejukan berbaring di atas lantai tanpa beralaskan sesuatu. Ryx membuka mesin A2TP,mengeluarkan 3 antena mimpi yang bersaiz cube dan meletakkannya di dahi 3 sahabatnya .Dengan perlahan antena mimpi A2TP mengeluarkan kaki kaki kecil bewarna silver seperti sebuah robot transformer kecil dan melekap di pusat dahi mereka.
“Aku akan cabut antena mimpi ni lepas 15 minit.”
“Ok.Macam manalah aku jadi ikan duyung yer..dahlah takde kaki,geli jer,masuk cerita Harry Potter lagi bagus.”
Miley sempat membebel sebelum mereka semua terdiam apabila Ryx memasukkan buku Little Mermaid ke dalam satu ruang khas mesin A2TP dan itu petanda mereka akan bermimpi sebentar lagi...Dalam jangka masa sesaat saja,mesin A2TP telah menerima ransangan gelombang otak Miley,Max dan Sam.Profesor Axseran melepaskan nafas lega apabila mesin itu kelihatan berfungsi dengan baik.Ryx meminta diri untuk ke tandas setelah memastikan Profesor Axseran menjadi monitor mimpi rakan rakannya.
Ryx yang baru saja keluar dari tandas agak terperanjat dengan kelibat Abigail yang tiba tiba saja muncul dihadapannya.Kelihatan wanita itu memegang beberapa buah buku dan gulungan kertas.
“Ya makcik,ada apa apa yang saya boleh bantu??”
“Maaf cik muda,sebenarnya..saya berniat untuk berikan cik muda...ini..”
Abigail menarik tangan kanan Ryx dan meletakkan suatu objek yang kelihatan berkilauan dan agak sejuk apabila menyentuh telapak tangan Ryx.Dan apabila Ryx membuka gengaman tangannya,mulutnya melopong melihat seutas rantai perak yang mempunyai loket berbentuk bintang bertatah permata bewarna biru laut.
“Cantik rantai ni makcik,dari mana makcik dapat?”
“Rantai itu kepunyaan cik muda,pakailah.”
“Tapi makcik,rantai ni sangat cantik dan berharga..ni milik makcik,saya tak boleh nak terima sesuka hati..”
Ryx cuba memulangkan rantai yang menarik perhatiannya ke tangan Maria namun wanita tua itu menolak keras.Wajahnya kelihatan merah seperti meradang apabila Ryx menolak pemberiannya.
“Rantai dan loket itu milik cik muda Rosella,cik muda pakailah..saya sangat senang hati jika cik muda sudi memakainya.”
Ryx yang agak berat hati akhirnya menyarungkan rantai tersebut ke lehernya untuk memuaskan hati Abigail.Kelihatan satu senyuman terukir di bibir wanita separuh abad itu sebaik saja Ryx mengalungkan rantai unik itu dilehernya.
“Ada 4 bentuk loket serupa yang cik muda boleh dapatkan kat dunia ni,..”
“Saya  boleh dapatkan kalau saya nak..”
Ryx membelek belek loket yang mempunyai ukiran tulisan greek di belakangnya dan Ryx memang langsung tak faham.Mata Ryx lebih berminat melihat permata yang galak bersinar tergantung dilehernya ketika itu.Seperti sebuah lautan dalam ia berkilau apabila terkena sinaran bulan.Seperti warna permata “HEART OF THE OCEAN” dalam filem “TITANIC” saja.Cuma bentuk loket itu jarang ditemui,berbentuk bintang.Bukan mudah menempa berlian dalam bentuk itu.Namun dengan mesin ciptaan tahun 2017,tiada apa yang mustahil...
“Tiada loket yang serupa dengan loket Arch Angel.3 bentuk loket lagi mempunyai permata bewarna merah,putih dan hitam.Mengikut sejarah,kalau cik muda dapat kumpul empat bentuk loket Arch Angel..apa juga hajat cik muda.. dapat ditunaikan.”
Ryx tergelak besar mendengar penerangan Abigail.Tidak menyangka yang pembantu pakciknya memepercayai sejarah yang lebih menyerupai mitos dan tidak boleh diterima akal logic.Terutamanya mereka sekarang berada di kurun dimana sains dan teknologi menjadi perkara pertama yang menerajui kehidupan manusia.Dimanakah letaknya sejarah,mitos dan lagenda kalau bukan...dalam perpustakaan.Hanya pakciknya saja yang berminat mengkaji sejarah purbakala sewaktu manusia sibuk mengkaji masa hadapan.
“Kalau betullah saya dapat tunaikan apa juga hajat dengan kumpul 4 loket ni,saya akan cari sampai ke hujung dunia  makcik...tapi saya tak percaya mitos yang macam ni.”
“Ia bukan mitos cik muda Rosella,tapi sejarah.Sejarah yang pernah berlaku.Saya harap cik muda dapat pakai rantai itu dan jaga  loket Arch Angel dengan baik.Bacalah buku ni kalau cik muda ada masa..ia berkisarkan sejarah loket tersebut..Selamat malam.”
Ryx terpinga pinga seketika apabila Abigail memberikan sebuah buku berkulit tebal yang kulitnya sudah hampit tercabut dan tajuknya sudah tidak kelihatan kepadanya.Abbigail berlalu meninggalkan Ryx dengan seribu tanda tanya.Setelah dibelek belek isi kandungan buku tersebut,nyata Ryx tidak dapat membacanya kerana buku itu dalam tulisan Greek.Ryx cuba mencabut rantai yang terkalung dilehernya,namun seperti ada satu kuasa,susah pula rantai itu hendak dicabut.Akhirnya,Ryx membiarkan rantai tersebut bergantung dilehernya sebelum berlalu mendapatkan Profesor Axseran bersama sebuah buku di pelukan.Masa 15 minit sudah hampir tiba..
Ryx melangkah perlahan menghampiri 3 jasad kawannya yang kelihatan tenang berada dalam alam mimpi.Zac kelihatan sibuk dengan handphone di satu sudut.Karier mereka sebagai band yang memainkan music bagi Lady Ryxelea mendapat tumpuan ramai.Tambahan lagi dengan kehadiran Miley sebagai pengurus,kehidupan mereka hampir saja sama sibuk dengan Ryx.Sibuk dengan panggilan peminat, wartawan juga orang orang yang tak dikenali..Dan kerana itulah Ryx selalu mematikan handphone. Mengelak daripada dihujani kesibukan.
“Ok Zac,times up,gather here..”
 Ryx memanggil Zac,leader Eternal Band juga penulis lirik lagu Ryx, agar berkumpul bersamanya sebelum mendapat keputusan mimpi daripada Miley,Sam dan Max.Profesor Axseran sendiri menghampiri Ryx dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.Bimbang dan teruja...Mereka bertiga berkumpul membentuk bulatan mengepung tubuh Miley,Max dan Sam sebelum Ryx dengan perlahan menekan button “OPEN” di mesin A2TP untuk membuka antena mimpi yang terpasang didahi rakannya secara automatic.
“RYXELEA!!!”
Serentak dengan itu juga,satu jeritan kuat yang terhasil dari 3 suara menggemakan bilik tersebut.Jantung Ryx hampir tercabut apabila namanya diteriak kuat.Kelihatan wajah kecewa Max,Sam dan Miley yang baru saja sedar dari tidur mereka.
“Ryx..aku  baru jer nak jumpa putera raja.”Miley bersungut.
“Aku baru jer bercadang nak melihat keindahan panorama dasar laut yang dalamnya lebih 3000 meter dari darat..”giliran Max mengeluh.
“Ryx..aku baru jer nak belajar tengok bola ajaib..”
“Enough,kau orang tak payah nak membebel.Cepat ceritakan mimpi kau orang.”
Ryx cepat memotong ayat Sam yang baru saja ingin membebel panjang.Kelihatan wajah ceria 3 sahabatnya apabila Ryx meminta bercerita mengenai mimpi pendek mereka.
“It was awesome Ryx,mesin A2TP ni memang hebat,,..aku memang rasa dapat mengawal mimpi,pertama kali aku rasa berada dalam cerita dongeng tu sangat menyeronokkan.”
“Betul cakap Miley tu Ryx,walaupun aku kena jadi ahli sihir laut yang berikan Miley ‘ubat untuk dapatkan kaki dan bisukan suara’,aku masih dapat buat benda lain..contohnya bermain main dengan dolphin dan mengarahkan sotong kurita gergasi mengejar kapal kapal.Aku pun ada bola Kristal yang boleh tengok orang lain macam satelit!!!”
Giliran Sam bercerita dengan tawa terbahak bahak.Entah apa yang lucu sangat dihatinya.Sam memang berbeza dengan Max dan Zac,perangai Sam lebih kebudak budakan jika hendak dibandingkan antara mereka bertiga.
“Aku jadi kawan baik Liz,Max “ikan duyung lelaki’..walaupun aku tak ingin langsung nak halang dia dari pergi jumpa putera raja tu,..(buang masa aku jer)..tapi mulut aku tetap juga berkata yang aku nasihatkan dia jangan pergi.Dan aku rasa itulah..”
“Dialog dan scene yang dah ditetapkan.So sekarang kita dah boleh buat conclusion bahawa mesin A2TP sememangnya membenarkan pengguna mengawal sebahagian dari perjalanan mimpi dan sebahagian lagi adalah tetap mengikut buku.”
Penjelasan Profesor Axseran atas penerangan mimpi Max,membuatkan mereka semua begitu teruja untuk masuk ke alam mimpi seterusnya
“Em..tapi satu hal yang aku teringin sangat nak tahu..berapa lama kau orang bertiga berada dalam dunia lautan tu?”
“Lebih kurang 2 minggu,tapi aku rasa macam dua hari jer sebab kita berada di dunia baru..banyak benda yang aku boleh buat.Ikan duyung pun cantik cantik..”
Max memberikan jawapan atas soalan Ryx.Nampaknya jarak waktu dunia mimpi dengan alam reality memang sama sekali jauh berbeza.Ryx berfikir seketika.
“Pakcik,boleh tak kalau pakcik monitor kami untuk setengah jam lagi.Saya nak masuk kea lam mimpi dengan mereka semua??”
“Sudah tentu Ryx,bukankah itu tujuan kamu semua datang kesini,untuk jadikan pakcik monitor kamu.”
Persetujuan Profesor Axseran Jexter untuk menjadi monitor mereka membuatkan 5 sahabat tersenyum riang.Masing masing sudah tidak sabar mengembara ke alam mimpi.
“Tapi..takkan kita nak masuk cerita ikan duyung lagi kot??”
 “Tak thrill lah,aku ada ambil satu buku dari Lybrinth Library tadi.Ceritanya lebih kurang filem “LORD OF THE RING”..kalau kau orang tak gentar berhadapan dengan raksasa,jomlah kita tidur.”
Ryx menunjukkan buku yang diberikan Abbigail kepadanya.Mudah saja dia berbohong dengan mengatakan buku itu diambil dari perpustakaan bercabang.Tambah yakin mengatakan buku itu iras iras sebuah novel  yang diadaptasi menjadi filem popular “LORD OF THE RING”.Kata kata Ryx sememangnya meyakinkan sesiapa yang mendengar.
“Aku lebih suka jadi ketua raksasa sebenarnya.Jomlah kita tidur.!!”
Sam segera saja berbaring tanpa banyak bicara.Profesor Axseran tidak mengesyaki apa apa hanya tersenyum melihat tingkah laku mereka yang sibuk mencari posisi untuk berbaring.Ryx sudah memasukkan buku tebal tersebut kedalam mesin A2TP sebelum dia berbaring disisi Zac.Setiap seorang diberikan satu antena dan antena tersebut mula melekap di dahi mereka berlima.
“Pakcik,bangunkan kami 30 minit dari sekarang.Good bye.”
“Sweet dream sweatheart.Semoga perjalanan mimpi kamu indah belaka.”
Ryx sempat melambaikan tangannya kearah Profesor Axseran,menoleh ke arah Zac yang tersenyum memandangnya..sebelum dunianya terasa gelap seketika...

No comments:

Post a Comment