NOVEL:BAKAL ISTERIKU ,GANGSTERNYE!!!..
BAB 1
“Oh damn!!!Dah lambat!!!”
Bella membetulkan skirtnya yang tersingkap ke atas sebelum turun dari kereta Toyota Camry mewah milik papanya dengan terburu buru.Segera saja dia memecut laju ke perkarangan Sekolah Tinggi Persendirian Merien.Kelihatan pagar utama bermangga rapat.Beberapa orang pelajar merangkap senior juga juniornya terkandas di hadapan sekolah.Pak Guard sekolah ni memang tak makan gaji buta...lambat sikit pon..jangan harap nak dibukanya pintu pagar..Betul betul straight dan ikut peraturan!
Ini semua gara gara menonton drama Korea hingga lewat pagi...Bangun lambat..ada driver pon tak pandai drift kereta macam filem Too Fast and Too Furious,kalau tak mesti cepat sampai sekolah.Cehh..aku ni..menyalahkan driver plak..kalau naik kenderaan awam,basikal atau motorsikal pasti lagi lambat,eh asyik membebel jelah aku ni!!.Bila nak sampai sekolah!!
Satu part yang aku suka pasal sekolah aku ni..sekolah persendirian Merien yang boleh disamakan dengan sekolah menengah kebangsaan ialah..sekolah aku bersebelahan dengan sebuah sekolah lain yang bernama Sekolah Tinggi Persendirian Omega.Tapi apa plak bagusnya???.Apa yang bagus ialah..pagar belakang Sekolah Omega mengalami kecederaan teruk dan hampir saja tidak berpagar disatu bahagian atas tindakan vandalism para pelajarnya.Dan apa yang paling pasti..aku pun turut serta merobohkan sebahagian kecil dari pagar itu.Ia ialah satu aktiviti yang menyeronokkan!!!
Bella dengan segera berlari ke bahagian belakang Sekolah Omega dan memasuki sekolah itu melalui satu bahagian pagar yang telah rosak dan terbuka.Pantas saja dia berlari,sepertilah berada di sekolahnya sahaja.Dia perlu sampai ke Sekolah Merien sebelum pukul 8.00 pagi,kalau tak mahu pekak telinganya mendengar bebelan pengetua.Sebagai “PENOLONG KETUA PENGAWAS” dia perlulah memberikan contoh yang baik kepada pelajar lain..
Bella berlari dan terus berlari di koridor bahagian belakang Sekolah Omega.Dengan yakin yang langkahnya tidak akan dilihat sesiapa.Mujurlah legging sentiasa tersarung dikaki.Jika tidak mahu rabak skirt bewarna kelabu yang dipakainya.Tiba di satu selekoh,jantung Bella seperti mahu tercabut apabila dia terlanggar seorang pemuda dan menyebabkan fail fail yang dipegang pemuda itu bertaburan di atas lantai.Spontan pula Bella membantu pemuda itu mengutip semua fail yang berselerakan.
“Terima kasih awak..”
Syamrein terpaku,darimana pula datangnya pelajar jelita bervase purple dan berskirt kelabu disekolahnya itu.Pelajar barukah???.Uniform pelajar perempuan Sekolah Omega bewarna firus.Setahunya uniform gadis itu ialah uniform sekolah sebelah???
“Most welcome!!Saya nak cepat ni,maaf sebab langgar awak tadi,by the way..awak handsomelah!!!”
Syamrein tercenggang seketika atas pujian mendadak gadis yang pasti bukan pelajar sekolahnya itu.Dia cuba mengikuti langkah gadis cantik itu namun niatnya tidak kesampaian apabila namanya dipangggil guru lain.Syamrien mengeluh kecil sebelum berlalu ke bilik guru dengan seribu satu pertanyaan tentang gadis jelita yang ditemuinya tadi.
Bella pula sudah tiba di tembok yang memisahkan Sekolah Omega dan Sekolah Merien.Dia membetulkan tali kasut,mengambil beberapa langkah kebelakang sebelum berlari dan melompat tembok yang berketinggian lebih kurang 10 kaki,.Mujurlah ada sebuah kerusi buruk tersadai disitu,senanglah dia hendak memanjat.
“MISSION COMPLETED!!!”
Bella menjerit kecil setelah berjaya masuk kesekolahnya seperti selalu.Rambutnya yang menggerbang sedari tadi diikat ala ala samurai.Vasenya dibetulkan juga tag ‘Penolong Ketua Pengawas’ yang disimpan dalam beg sandangnya dipakai kemas.Bella mencapai sebatang kayu- batang penyapu lama, yang disimpannya di satu sudut tangga sekolah sebelum berlari ke pintu pagar utama sekolahnya pula.Beg sandangnya awal awal sudah dicampak di tangga.Seperti tiada buku saja didalamnya.
Dari jauh kelihatan Pengetua Sekolah Merien,Encik Bahrin Osman disertai dengan guru disiplin sekolah Cikgu Amir, sedang membebel kearah para pelajar yang datang lewat.Kelihatan lebih kurang 20 pelajar lewat hari itu.Bella yang sedari tadi berlari menukar langkah dengan berjalan saja kearah 2 gurunya itu.Langsung tiada riak takut diwajahnya.
“Hahh.. Bella,puas saya cari kamu,kamu kemana?”
Suara pengetua yang sedari tadi tinggi kini mulai kendur apabila melihat wajah pelajarnya yang satu itu.Masakan dia berani menengking nengking anak penyumbang dana terbesar Sekolah Merien.Puteri tunggal jutawan terkenal Malaysia,Tan Sri Iskandar.
“Oh..saya sakit perut tadi,ke toilet..salah makan sarapan agaknya..”selamba saja Bella menipu.Bella pasti yang kedua gurunya itu tidak banyak soal.Mungkin takut dengan kuasa veto papanya.
“Kamu tengoklah Bella,kawan kawan kamu ni,waktu pembelajaran dah bermula dia orang baru nak datang sekolah.Bukan sekali dua,tapi dah banyak kali.Balik balik muka dia orang ni juga yang datang lambat.Tak tahulah cikgu nak cakap apa dengan kamu semua ni.Pelajar junior bolehlah cikgu maafkan,tapi yang dah nak tamat belajar ni pun masih nak datang lewat.”
Cikgu Amir membebel ke arah para pelajar yang diam membisu sedari tadi.Sebenarnya bukanlah mereka takut akan pengetua juga guru guru ,tapi mereka semua berasa agak gentar melihat Bella yang membawa sebatang kayu.Pelajar pelajar senior buat muka selamba sahaja,pelajar juniorlah yang diserang ketakutan yang amat.Semasa orientasi,pelajar pelajar junior sudah di gembar gemburkan dengan keganasan “Penolong Ketua Pengawas” sekolah itu oleh senior senior mereka.Bertambah menakutkan apabila perwatakan Bella hari itu benar benar menggambarkan “keganasannya”.
“Dahlah cikgu,pengetua..cikgu berdua pergilah buat kerja masing masing.Biar saya yang bagi nasihat kat budak budak ni..”
Bella menjeling tajam kearah para pelajar junior yang nyata memucat mendengar kata katanya.Bella berpeluk tubuh sebelum memberi laluan kepada dua gurunya agar meninggalkan “urusan” tersebut kepadanya.
“Em..saya serahkan pada kamu jelah Bella,pastikan mereka tak ulangi kesalahan ni lagi.”
Senang saja pengetuanya membuat keputusan.Siapa pengetua ni???
“Maaf cikgu,kenapa saya tak nampak Naz hari ni??”
Bella bertanya,selalunya Nazarul Syamil,merangkap “Ketua Pengawas” akan membereskan hal remeh temeh seperti itu.Bella lebih suka lepas tangan.
“Oh..Naz ada,dia sibuk uruskan kertas kerja untuk Pertandingan Sorak yang akan berlangsung tak lama lagi.”
Cikgu Amir menjawab sebelum berlalu pergi dengan pengetua.Bella tersenyum sumbing.Kertas kerja???Macam nak buat kerja pejabat ajer..Kenapa pula nak suruh Naz?.Cikgu kan ada..makan gaji buta jer ker?
“Hahh..aku tak puas hati betullah bila ada pelajar yang sengaja datang lambat ke sekolah,balik balik muka korang,..takde muka orang lain agaknya.Farhan,apsal kau lambat datang sekolah??Jawab dengan jujur sebelum aku hempuk kau dengan batang penyapu ni.”
Bella bertanya dengan muka bengisnya kearah seorang pelajar junior yang kelihatan seperti mahu menangis saja.Nama “Farhan” tergantung di tag nama pelajar itu.Kalau tiada tag nama,masakan Bella dapat mengenal pelajar pelajar baru Sekolah Merien.Bila ada orientasi kemasukan pelajar baru,Bella malas turut serta,walaupun sebenarnya dia wajib mengikuti program itu.Bella lebih suka bermain main bersama rakan rakannya.
“Maaf princess..er..se..se..semalam saya tengok drama ‘SECRET GARDEN’ sampai pukul 4 pagi,sebab tu lambat bangun..”
Menggigil gigil pelajar Tingkatan 4 yang bernama Farhan itu menjawab.Gerun dengan ayat Bella yang digelar ‘Princess’ itu.Tawa Bella terburai apabila mendengar jawapan jujur Farhan .Semua mata memandangnya hairan.
“Kau ni Farhan,lawak betullah,aku pun semalam tengok cite Korea..tapi cerita‘You’re Beautiful’,aku ingatkan perempuan jer yang pandai tengok Drama Korea.Lelaki pun pandai.Hahaha.Dahlah.. kau pergi masuk kelas...”
Bella masih mengekek ngekek ketawa.Para pelajar senior yang melihat gadis itu ikut tergelak sama.Sebati sangat dengan perangai gila gila princess sekolah mereka.
“Terima kasih princess.”
Ucap Farhan yang baru saja 2 minggu menjejakkan kaki ke Sekolah Merien.Pada mulanya dia berasa amat gentar berhadapan dengan Bella yang dikenali dengan jolokan ‘Gangster Princess’ oleh seniornya.Namun,setelah bersua muka dengan princess ini..lain pula tanggapannya...Mungkin seniornya sengaja ingin menggertak.
“No thanks,sekali lagi kau lambat,kayu ni betul betul akan kejar kau.Dahlah pergi masuk kelas.Kelak,aku tak nak dengar alasan yang sama sekali lagi.”
Bella sempat mengugut dengan mengacukan kayu ditangannya kearah para pelajar junior.Sekali lagi Farhan menggigil,nampaknya Bella betul betul menakutkan!!!
“Em..dahlah,boring plak aku membebel kat korang di pagi yang indah ni..burung burung berkicauan mencari makanan,angin bertiup lembut menenangkan hati...pergi masuk kelas lah!!!..Pelajar Tingkatan 5 dengan 6 tinggal.!!!”
Serentak dengan arahan Bella setelah dia merapu seketika,pelajar pelajar junior yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 bergerak pantas ke kelas masing masing.Gembiranya hati mereka kerana tak kena sebarang denda.Memanglah Bella princess yang baik hati!.Sekolah Tinggi Merien hanya mengambil pelajar terbaik lepasan PMR.Oleh itu sekolah mereka hanya terdiri dari pelajar tingkatan 4,5,juga Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah aliran Sains.
“Ape benda lah yang korang buat sampai setiap hari pun lambat kesekolah..”
Bella memulakan ceramahnya pada pelajar senior yang terdiri dari pelajar tingkatan 6, juga yang sebaya dengannya...pelajar Tingkatan 5.
“Kita orang jamming,clubbing..”
“Ada aku tanya dengan kau ker?”
Hafiz terdiam apabila Bella memotong ayatnya.Gadis itu berjalan kehulu dan kehilir.Sebelah tangannya mencekak pinggang dan sebelah lagi menyeret kayu yang membimbangkan para penglihatnya.
“Lain kali kalau nak jamming..ajaklah aku sekali...clubbing aku tak join,haram..”
Para pelajar senior tergelak besar,tahu benar dengan perangai princess mereka.Takde maknanya kalau Bella nak memaki hamun mereka walaupun dia sepatutnya berbuat begitu.Dan..jika dia memaki hamun pun,sudah pasti tidak ramai yang berani melawan.Cubalah lawan kalau berani..
“Dah,dah,diam.Karang cikgu ingat aku main main plak.”
Bella kembali serius.Dia berhenti bergerak ke kanan dan kekiri.Mata tajamnya memandang 15 pelajar yang sering datang lewat itu.Sudah banyak kali dia berleter pun mereka masih buat tidak endah.Memang kena beri pengajaran!
“Lepas ni..kalau 15 dari muka kau orang ni aku tahu datang lambat lagi,kau orang tak payah masuk sekolah.Aku malas nak membebel atau belasah kau orang.So,siapa yang rasa tak boleh masuk pagar sekolah ni sebelum pukul 7.30 pagi.Aku takkan benarkan kau orang masuk terus.Balik rumah jelah,kira public holiday.Kalau kau orang nak berhenti sekolah pun aku tak kisah.Faham?”
Amaran Bella menyebabkan para pelajar menelan liur,mereka hanya mengangguk angguk kecil.Kadang kadang Bella boleh dibuat gurau,tapi kalau dia sudah serius,susahlah jadinya.
“Kau orang faham tak??”
“Faham Princess!!”
Mereka menjawab beramai ramai,memuaskan hati Bella.
“Ok sekarang,sebab kau orang datang lambat,aku akan bagi denda untuk kali terakhir.Aku kira sampai 3 dan aku nak korang lari masuk ke kelas masing masing.Siapa yang aku dapat tangkap,jangan menangis kalau tulang patah sebab aku sebat dengan kayu ni.”
Bella bersuara tenang,para pelajar sudah bersedia..berlutut dan membetulkan tali kasut masing masing seperti hendak memulakan acara marathon sahaja.
“1...”
“2...”
“3!!!”
Selesai kiraan Bella,semua pelajar yang lewat datang kesekolah lintang pukang berlari ke kelas masing masing dan Bella menghambat mereka dari belakang seperti mengejar musuh dengan pedang samurai saja.Arahan Bella jangan dibuat main,kalau dia kata dia akan sebat dengan kayu,dia akan buat.Kecohlah koridor setiap kelas melihat aksi kejar mengejar itu.Guru guru hanya mampu mengeleng geleng kepala.Nak menegur pun tak cukup keberanian.Takut mereka pula akan disebat Bella dengan kayu itu
............
Tan Sri Iskandar termenung di jendela pejabatnya mengenangkan perangai puterinya juga lamaran yang diterima 3 bulan lepas.
“Kami berdua ni Is..ingin sangat berbesan dengan kau..kita berkawan bukan setahun dua,dah dekat 30 tahun dah kita bersahabat.Kalau boleh hubungan kita ni dapat disambung oleh anak anak kita pula..”
Kedatangan Tengku Hariz dan Tengku Maria ke pejabatnya dengan satu hajat besar betul betul memeranjatkan Tan Sri Iskandar.
“Yelas Is..lagipun kami berkenan betul dengan anak perempuan kamu tu,cantik orangnya...”celah Tengku Maria pula.
“Cantik tu memang cantik Maria..tapi kamu tak kenal perangai dia lagi..sejak mama dia meninggal,perangai Zyya makin menjadi jadi..aku tengok dah jadi macam gangster pun ada..”
Tan Sri Iskandar berterus terang,tidak mahu keluarga sahabatnya itu menyesal setelah bermenantukan puterinya.
“Tak baik cakap macam tu Is,Zyya tu anak kamu,satu satunya puteri kamu..”
Tengku Hariz membela Zyya.Mereka berdua beria ia menyokong Zyya yang tak diketahui perangainya bagaimana.Mungkin 10 tahun dulu Zyya ialah seorang anak kecil yang boleh ditimang timang,selalu menangis dan boleh dipujuk.Tapi..Zyya yang sekarang jauh langit dari bumi jika hendak dibandingkan dengan perangai Zyya yang dulu.
“Tu aku tahu Hariz..tapi aku betul betul tak nak anak kamu juga anak aku menyesal atas perkahwinan yang kita rancangkan ni,sekarang zaman moden Hariz..soal jodoh yang ditentukan keluarga..betul betul tak boleh diterima anak muda zaman sekarang..Lagi lagi anak aku..mahu dia lari ke oversea plak nanti bila aku suruh dia kahwin..”panjang lebar pula Tan Sri Iskandar menjawab.
“Kami bukan nak suruh mereka kahwin sekarang...yang sebenarnya kalau boleh aku nak tempah dulu anak kau tu untuk buat menantu.Biarlah mereka berkenalan dulu,nak bercinta lama lama pun aku tak kisah.Aku izinkan.Aku tau anak kamu tu muda lagi.Baru nak ambil SPM kan??.Kami pun tak terfikir nak kahwinkan mereka cepat,biarlah Zyya tamat belajar dulu.Anak aku pun muda lagi.”
Tengku Hariz berkata.Seperti mudah saja ingin menyatukan anak mereka.Apa Zyya boleh ditempah tempah seperti baju ker??Apa mereka fikir Zyya akan mengikut semua perintah ayahnya seperti seorang anak yang solehah??Jangan haraplah.
“Pasal perangai Zyya tu kau jangan bimbang,aku akan suruh anak bujang aku “try” ubah perangai dia..anak bujang aku tu pun macam suka jer dekat anak kau.Yelah mereka dulu kan kawan baik masa kecil.Tapi..apa apapun kami minta kebenaran kau dululah..”
Tengku Maria memberi cadangan.Entah kenapa mata dan hatinya betul betul berkenan melihat wajah Zyya,setelah hampir 7 tahun tidak berjumpa,Tengku Maria tidak menyangka yang puteri sahabat baiknya membesar dengan begitu cantik.Bersopan saja tingkahnya.Nasib baiklah,Tengku Maria tergerak hati untuk berkunjung kerumah Tan Sri Iskandar sebaik saja dia dan suaminya pulang dari London setelah bertahun tahun berhijrah ke bumi asing itu.Puteri tunggal Iskandar sememangnya secantik bidadari.Dan kerana itulah dia terburu buru ingin bermenantukan Zyya.Tidak mahu kempunan bermenantukan puteri sahabat baik merangkap rakan kongsi empayar perniagaan mereka.
“Aku benarkan Maria,asalkan anak bujang kau dapat ubah perangai puteri aku,aku restui perhubungan mereka...tapi aku tak boleh janji,walau apapun..aku tetap kena terima keputusan puteri aku.Zyya tu satu satunya darah daging aku.Kalau dia terima,aku terimalah.”
“Terima kasih Is,kau jangan bimbang,kami berdua dah buat satu perancangan besar untuk anak anak kita tu..dan kami harap kau dapat memberikan kerjasama..”
Bunyi I PHONE 4 yang nyaring mengalunkan lagu popular masa kini “My Precious Girl”, mematikan lamunan Tan Sri Iskandar.Bayangan wajah bersinar penuh harapan Tengku Hariz dan Tengku Maria tengelam begitu saja.Segera handphonenya itu diangkat.Tertera nama “Pak Mail” di skrin handphonenya.
“Ya Pak Mail,ada apehal talifon??”
Tan Sri Iskandar bertanya lembut kepada driver rumahnya itu.Pak Mail sudah bekerja dengan keluarganya sejak dia muda lagi.Orang tua itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
“Tuan Besar,princess mengamuk.!!!”
Kedengaran suara tua itu sedikit terjerit di hujung talian.Tan Sri Iskandar mengeluh besar..apa pula onar yang dibuat anak perempuannya hari itu.Tidak boleh ker kalau dia tidak bimbang memikirkan masalah puterinya saban hari.
“Kenapa Zyya mengamuk,dia nak apa?”
“Princess mengamuk sebab saya tak bagi dia bawa kereta macam arahan tuan besar.Princess cakap nak pecahkan semua cermin kereta Tuan Besar kalau saya tak bagi dia bawa kereta!”Pak Mail bersuara cemas.
“Alah dia gertak jer tu..”Tan Sri Iskandar cuba menyedapkan hati sendiri.
“Tak Tuan Besar,princess dah pecahkan cermin pintu kanan kereta Toyota Camry tuan besar dengan kayu baseball!!!”
“WHAT!??”
Tan Sri Iskandar yang duduk lantas terbangun apabila mendengar berita itu.Bertambah sakit hatinya apabila terdengar sayup sayup bunyi satu lagi cermin berderai di hujung corong talifonnya.Nasib baik dia berada di Indonesia,jika tidak pasti peperangan besar akan berlaku hari itu antara dia dan Zyya.Dan..sudah pasti dia akan mengalah,kerana terlalu sayangkan puterinya itu,apa pun yang dilakukan Zyya tidak akan menjadi satu kesalahan.
“Cukup Pak Mail,biar je dia bawa kereta,kalau dia nak buat ape pon biarkan aje..jangan bagi dia rosakkan harta benda kat rumah tu.Pak Mail baiki cepat cermin kereta saya tu.”
“Baiklah tuan besar.”
Talian diputuskan.Tan Sri Iskandar menghentak meja dengan buku limanya.Peluh berang terpercik di dahi.Zyya memang tidak dapat dikawal lagi.Nampaknya rancangan Tengku Hariz dan Tengku Maria wajib dilaksanakan!.
“Hariz..macamanalah aku nak jodohkan anak aku dengan anak kau..mahu mati anak kau nanti kena belasah dengan puteri aku tu...”
Tan Sri Iskandar terduduk dikerusinya mengenangkan perangai puteri tunggalnya..Zyya Adrianna Bella.
Bella yang sedari tadi sibuk memecahkan beberapa buah pasu bunga kosong dihalaman rumahnya mendapatkan Pak Mail setelah melihat lelaki itu tamat berbual dengan papanya melalui talifon.
“Macamana Pak Mail??”Bella bertanya.
“Princess memang bijaksana,tuan besar percaya yang princess pecahkan cermin kereta TOYOTA CAMRY dia.Tuan besar cakap,tuan besar benarkan princess bawa kereta juga buatlah apa apa yang princess nak.”
Pak Mail mengulangi pesanan majikannya.Padahal itu semua hanya ‘trick’ Bella sahaja.Bella sengaja menyuruhnya menalifon Tan Sri Iskandar yang berada di Indonesia atas urusan kerja dan Bella mula memecahkan beberapa buah pasu untuk berlakon seolah olah cermin kereta dipecahkan.Sengaja ingin membuat hati papanya terbakar.
“Ha,ha,ha mesti papa berapi dengan saya kan Pak Mail??”
Bella bertanya ,langsung tiada perasaan bersalah dalam dirinya.Penat juga dia mengemas pasu pasu yang bertaburan itu.Tidak kurang dari sepuluh buah pasu yang dipecahkan.Pembaziran betul!!.Bella tidak sampai hati menyuruh Pak Mail atau orang gajinya untuk mengemas objek vandalismnya itu.Oleh itu,dia rela mengemas sendiri.
“Pastilah tu,tapi..princess sebenarnya nak pergi mana??Sampai nak bawa kereta sendiri??Pak Mail kan ada,Pak Mail boleh hantarkan?”
“Tak pergi mana mana pun,malaslah saya nak keluar..kalau saya nak keluar pun,lebih selamat kalau Pak Mail yang drive..saja jer nak menyakat papa tadi..”
Pak Mail hanya mampu mengeleng kepala,tak faham betul dengan perangai puteri majikannya itu.Nasib baiklah dia tak mempunyai anak macam Bella,jika tidak mahu diserang sakit jantung!!!.Dia telah melihat Bella membesar sejak gadis itu dalam kandungan lagi..dan perangai Bella berubah adalah disebabkan kurang kasih sayang..terutamanya kasih sayang dari papanya.Tan Sri Iskandar sibuk menguruskan perniagaan hingga tiada masa bersama Bella apatah memantau kelakuan anaknya itu.Tambahan lagi dengan perpindahan ‘Prince’ ke luar Negara dua tahun lepas.Perangai Bella betul betul telah berubah..
Bella yang baru ingin melangkah masuk kedalam rumah berpatah balik kearah Pak Mail.
“Pak Mail,saya rasa nak beli buku plak,jom hantar saya gi bookstore.”
Hmphh..nilah satu satunya perangai Bella yang masih kekal dari dulu.Dalam satu saat saja kata katanya boleh berubah.Pak Mail tersenyum kecil sambil mengangguk angguk kepala.
“Baiklah princess..”
.........................
Syamrein membelek belek beberapa buah novel yang tersusun molek di rak yang bertingkat tingkat.Tidak ramai orang yang mengunjungi bookstore itu,mungkin kerana hari itu bukan hari minggu.Mata Syamrein melekap pada sebaris novel “HARRY POTTER” yang tersusun cantik mengikut turutan 7 episod berturut mengikut kronologi NOVEL TERLARIS DUNIA itu.Syamrein yang sudah lama berniat untuk menyimpan koleksi novel tersebut segera saja ingin mencapai novel itu namun belum sempat tangannya mencapai..satu tangan lain telah mengambil buku itu dari rak.
“Maaf...awak nak novel ni ker??”
Bella dengan selamba mengambil novel HARRY POTTER episode pertama yang baru saja ingin diambil Syamrein.
“Er...miss,ada lagi tak novel HARRY POTTER episode pertama ni??”
Syamrein bertanya kepada salah seorang jurujual yang kebetulan lalu disitu.
“Takde encik,tu ialah stok terakhir kami..semua episode tinggal satu buku jer,bulan depan baru sampai stok baru.”jurujual itu menjawab sebelum berlalu.
“Em..takpelah..saya beli episode yang lain sajalah,cik boleh ambik novel tu.”
Syamrein tersenyum kecil apabila kata katanya tidak didengari gadis itu.Hahh..remaja zaman sekarang..cara berpakaian amat menghairankan.Syamrein mengeleng geleng kepala melihat gadis itu.Masakan tidak,sudahlah berpakaian lelaki,berkaca mata hitam dan bertopi,satu headphone besar turut tergantung di telinga gadis itu.Tidak rimas ker berpakaian macam tu??.
Bella sibuk melihat novel novel lain yang berada di rak.Syamrein membelek pula novel HARRY POTTER episode kedua dan seterusnya.Cuba tidak mengendahkan gadis pelik disisinya.Baru saja tangannya ingin mengapai novel Harry Potter episode 2,sekali lagi novel tersebut diambil Bella.Syamrein lebih tercenggang apabila Bella mengambil 7 buah sekuel novel HARRY POTTER yang merupakan stok terakhir itu dan terus berlalu ke kaunter pembayaran.
“Maaf cik, saya nak bercakap sikit..tapi cik baru jer ambil semua novel yang saya nak beli??”
Syamrein yang tak berpuas hati mendapatkan Bella yang tercegat berdiri di kaunter pembayaran.Nasib baik gadis itu sudah menanggalkan headphonenya.Bella tidak menjawab soalan Syamrein,dia hanya membelek belek novel tebal yang bersusun di atas meja kaunter pembayaran.Tidak mengendahkan Syamrein yang berdiri disisinya.
“Maaf cik,boleh saya tanya..apa novel novel yang saya nak beli ni..ada ditempah oleh orang ni ker???”
Bella bertanya kearah cashier yang sibuk mengscan kod harga yang terdapat di belakang setiap novel yang dibelinya itu.
“Takde cik,semua buku yang cik nak beli ni takde orang yang tempah.”
Jawapan dari cashier bookstore itu mengundang senyum sinis Bella.
“Dengar tu..so..siapa yang cepat ambil novel ni..dialah tuan punya novel..”
Bella menjawab pertanyaan Syamrein tanpa memandang wajah itu.Dia mengambil walletnya dan mengeluarkan RM 400.00 lantas wang itu diserahkan kepada cashier.
“Haah..biadab sungguh...”
Syamrein merengus geram.Tak pernah berjumpa gadis bermulut lancang seperti itu.
“Kata orang.. bercakap kat sekolah..pakai kayu untuk bagi pelajar dengar..tapi kalau bercakap kat bookstore..perlulah bagi duit cepat..barulah dapat beli buku yang dikehendaki..”
Entah perumpamaan apa yang digunakan Bella..apa yang pasti wajah Syamrein sudah merah padam menahan marah apabila mendengar kata kata sindirannya.Syamrein yang malas berbalah dengan gadis pelik itu segera saja meninggalkan bookstore tersebut dengan perasaan bengang...Sumpah!!!Dia tak pernah berjumpa dengan gadis sebiadab itu!!!.
BAB 2
Keesokannya Bella menghadiri sekolah seperti biasa.Dia datang tepat pada waktunya,baru saja Pak Guard hendak menutup pintu pagar,Bella menerobos masuk.Tepat pukul 7.30 pagi!.Dan..nampaknya dialah yang paling akhir datang kesekolah hari itu.Pak Guard yang dikenali Bella sebagai Pak Man,hanya mampu menggeleng geleng kepala melihat tingkah laku Bella.
“Maaf pakcik,lambat.Nasib baik sempat.Pakcik kerja elok elok yer,kalau ada apa apa masalah boleh cakap dengan saya.”
“Yelah princess,cepat masuk kelas.Waktu pembelajaran dah nak bermula ni.”
Pak Man tersenyum kecil,senakal nakal Bella pun,gadis ini masih tidak lupa menghormati orang tua sepertinya.
“Ok pakcik,bye.”
Seperti selalu juga Bella memecut pantas ke kelasnya yang terletak di blok F,mendaki beberapa anak tangga sebelum langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil seseorang.
“Bell,petang ni ada latihan sorak,kau jangan tak datang pulak.”
Suara Nazarul Syamil yang datang entah dari mana membuatkan Bella terpinga pinga seketika.Naz hanya mengeleng geleng kepala melihat beg yang masih tersandang di belakang bahu Bella.Pastilah gadis itu baru datang sekolah.
“Kalau aku tak datang,kenapanya?”
“Susah betul nak cakap dengan princess ni lah..kau tu cheerleader,kalau kau tak datang..siapa nak lead bebudak sorak tu..”
Nazarul menjawab geram.
“Oh..aku cheerleader ek?Em..oklah nanti aku datang,sekarang ni aku nak cepat.Bye.”
“Em,bye,baik baik naik tangga tu,jangan lari lari...nanti jatuh.”
Naz sempat berpesan sebelum bayang Bella hilang di balik tangga.Mujurlah dia sudah lama mengenali Bella jika tidak mahu naik angin jika bercakap dengan gadis itu.
Sampai saja di kelas 5 Sains,Bella menerpa kearah kawan baiknya,Farah dan Ika.Ternyata sahabatnya itu terperanjat besar.Mujurlah tiada guru dalam kelas saat itu.
“Eh budak ni,terperanjat aku,ada yang kena hempuk ni karang.”
Farah mengurut ngurut dadanya.Ika pula sudah ketawa terbahak bahak melihat reaksi Farah.Bella hanya mampu tersengih sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang terletak betul betul di bahagian belakang dan ditepi tingkap kelas.Meja kelas 5 Sains disusun secara berpasang pasangan,memudahkan para pelajar untuk berbincang dengan sahabat mereka.Namun,bilangan pelajar kelas itu ganjil seramai 39 orang.Ketika,para pelajar 5 Sains berebut untuk duduk berpasangan,Bella sukarela ingin duduk seorang diri,asalkan Farah dan Ika duduk di hadapannya.Dan..siapa pula yang berani membantah keputusannya itu?
“Eh budak kecik,yang kau ketawa apehal.Tau gelakkan orang jer kerja kau ek?”
Bella bangun dari kerusinya lantas mengrip kepala Ika yang digelarnya “budak kecik”. Walaupun Ika hanya muda beberapa bulan dari mereka saiz tubuh Ika agak bantut jika hendak dibandingkan dengan ketinggian Farah atau Bella.Ika masih mengekek ngekek ketawa walaupun hampir lemas dibawah lengan Bella.Dan..kerana sikapnya yang “hyper happy” itulah,Bella mampu bersahabat baik dengannya.Tambahan lagi,Bella telah mengishtiharkan Ika sebagai adik angkatnya yang pertama.Memang pelik apabila mendengar Ika memanggil Bella dengan gelaran “akak” kerana umur mereka sebaya.
“Bell,kau ada dengar gossip terbaru tak?”
Farah memusingkan kerusinya ke belakang,berhadapan dengan meja Bella apabila gadis itu sudah kembali ke mejanya.Ika pula duduk di kerusi kosong di sisi Bella.
“Apa,pasal pertandingan sorak ker?Petang ni Naz paksa aku pergi latihan sorak,boring betul..”
“Akak ni cakap..macam dia sorang jer yang masuk pertandingan tu,kita orang masuk juga,taulah dia tu cheerleader,tapi janganlah lupa kat ahli lain.”
Rungutan Ika membuatkan Bella mengrip lehernya sekali lagi.Setelah Ika menjerit kecil barulah Bella melepaskan tangannya.
“Bukan pasal cheer tournament lah Bell,tapi pasal sekolah kita yang bakal digabungkan dengan sekolah sebelah,kau tak rasa jengkel ker?”
Farah bertanya,agak serius bunyinya.
“Nak jengkel pebendanya,papa aku yang sibuk sangat nak gabungkan sekolah kita dengan sekolah sebelah,katanya sekolah ni tak cukup besar untuk aku,so nak gabungkan dua buah sekolah sekaligus.”
Bella mengeluarkan sekeping majalah hiburan Inggeris dari beg sekolahnya lantas membuka dan tenggelam di balik helaian buku itu.
“Bagus betullah ayah akak ek,sekolah kita yang dah gila punya besar ni pun dia kata tak cukup besar untuk anak dia ni.Ish,ish ,ish..betullah nak membina sekolah untuk seorang puteri.”
Ika membebel,Farah hanya mengangguk angguk.Tan Sri Iskandar memang sangat sangat ambil berat tentang keperluan puterinya,semuanya mesti tampak sempurna.Masakan tidak setiap kelas di sekolah Merien mempunyai penghawa dingin,dua buah lif dibina walaupun sekolah mereka Cuma berketinggian 5 tingkat.Semuanya untuk memastikan Bella selesa di sekolah.
“Tapi kan kak,kita dengan pelajar Omega kan tak seteru,mesti kecoh bila kita satu sekolah dengan dia orang kan?”
Ika memandang wajah Bella yang menghadap majalah,menanti satu jawapan.
“Nah..siapa yang kuat dialah kat atas,siapa yang lemah dia kat bawah.Kata pepatah yang aku pun tak taulah dengar kat mana.. ‘dalam dunia yang pentingkan diri sendiri,orang yang pentingkan diri sendiri Berjaya..’ ”
Bella menjawab dengan penuh keangkuhan,Farah dan Ika sudah tersenyum sinis.
“Dan..kita orang pastilah menjadi sayap kanan dan sayap kiri gangster princess ni.”
Farah menyambung,Ika ketawa lagi.Perbualan mereka terganggu apabila Jeremy merangkap “Ketua Kelas” menghampiri Bella sambil membawa sekeping buku.Wajahnya comel saja, tidak seperti pelajar lelaki lain yang berlagak ‘cool’ bila berhadapan dengan Bella.
“Er..sorry princess,i don’t know how to make the conclusion for this malay essay,can you teach me?”
Jeremy ialah pelajar berbangsa Cina kacukan British,seorang pelajar yang agak skema.Oleh kerana,Sekolah Merien ialah sekolah persendirian elit,ramai ibu bapa yang kaya raya juga terdiri dari pelbagai bangsa menghantar anak mereka ke sekolah ini.Dan..kerana Bahasa Melayu ialah matapelajaran wajib untuk menduduki SPM,ramailah pelajar bukan melayu yang bersusah payah untuk mempelajari bahasa ibunda tersebut.
Jeremy agak terkejut apabila sepasang mata Bella yang sedari tadi memandang majalah kini memandangnya tajam.
“How can i teach you that malay essay,if you not practise Malay language when you talk to another person in this school Jeremy..now,i want you to repeat your word to me in malay,can you?”
Jeremy menggaru rambut perangnya yang agak kusut masai sebelum tersengih sengih.Bella memanglah idolanya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke sekolah itu.Bella sangat ‘cool’ dalam pandangannya.Bukan saja cantik,dan popular.Gadis itu turut tersenarai dalam 5 pelajar terpandai sekolah mereka.
“Maaf..pu..teri,saya tidak tahu bagaimana nak buat kesimpulan esai bahasa melayu ini.Boleh puteri mengajar saya??”
Serentak saja Jeremy tamat mengulang ayatnya dalam bahasa melayu,Farah dan Ika sudah berdekah dekah ketawa.Bella pula hanya mampu tersenyum lebar.
“Puteri?Puteri apa?Puteri Gunung Ledang?”
Ika terus dengan ketawanya sebelum Bella mengarahkan dia agar diam.Jeremy hanya terpinga pinga.Tidak mengetahui di mana silapnya.
“Hahh..macam tu lah baru betul Jeremy,lain kali kalau kau nak pandai dalam bahasa Melayu mestilah selalu bercakap dalam bahasa Melayu,gunakan Bahasa Melayu dalam perbualan harian macam kau gunakan Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris,faham?”
“Faham,puteri.”
Jeremy meangguk anguk penuh teruja,Macamlah mendengar arahan raja saja lagaknya sewaktu berhadapan dengan Bella.Nasihat dari Bella tersemat didadanya.
“But..kau tak payah lah panggil aku “Puteri”,geli telinga aku dengar, “Princess” much better,got it?”
“Ok,princess.”
Bella menutup majalahnya,dan mengikut Jeremy ke mejanya.Fareez tanpa dipinta, yang duduk di sebelah Jeremy segera bangun apabila Bella ingin duduk di kerusinya.Dia beralih ke kerusi lain.Selang beberapa minit,guru kelas mereka merangkap guru bahasa Melayu,Cikgu Mazlinda memasuki kelas itu.Semua pelajar berdiri,dan Bella yang agak malas bangun dari duduknya menjadi orang terakhir yang berdiri sebelum Jeremy mengucapkan selamat pagi.
“Eh,sejak bila plak Cik Bella kita berubah tempat duduk,tak best ker duduk kat belakang tu Bella?”
Mazlinda bertanya sebaik saja melihat tubuh Bella yang duduk disebelah Jeremy.Bella hanya tersengih memandang gurunya itu.Baru saja dia ingin membuka mulut,Jeremy menjawab.
“Maaf cikgu,sebenarnya Princess ajar saya buat essai Bahasa Melayu,saya tak berapa faham?”
“Oh..ok,bagus Bella,macam ni lah perangai yang saya nak tengok,bila rakan rakan anda tak faham sesuatu pelajaran,yang faham tu tolong tolong ajarlah yer.”
“Baik,cikgu.”
Para pelajar 5 Sains menjawab.
“Oh..saya baru teringat,sebelum kita mulakan pelajaran hari ni,saya nak umumkan satu berita penting.”
Seisi kelas memandang wajah Mazlinda kecuali Bella yang masih mencoret coret sesuatu pada essai Jeremy.
“Seperti yang kita warga Merien sedia maklum dari beberapa bulan lepas,yang sekolah kita bakal digabungkan dengan sekolah sebelah.Dan untuk pengetahuan kamu semua,sekolah kita akan digabungkan sebaik saja Petandingan Sorak antara sekolah tamat dilangsungkan.”
Para pelajar berbisik sesama sendiri,tidak menyangka tarikh tersebut begitu hampir dengan mereka.Tiga bulan lepas mereka telah digembar gemburkan dengan berita tersebut,namun tiada siapa yang percaya dengan khabar angin yang sudah lama hanya menjadi bahan gossip itu.
“Kamu semua tak perlu bimbanglah,guru guru juga pelajar sekolah sebelah tentulah tak seteruk mana.Saya rasa perangai kamu semua “lebih nakal” dari mereka.”
Para pelajar ketawa kecil apabila mendengar perkataan “lebih nakal” dari mulut guru kelas mereka.Bella yang sudah siap membantu Jeremy kembali ke kerusinya dan Fareez kembali ke sisi Jeremy.
“Dan..untuk pengetahuan kamu juga,beberapa orang guru dari Merien akan keluar dari sekolah ni untuk sambung study atau tukar tempat mengajar.Saya sendiri akan sambung PhD.So,sampai hujung bulan ni jelah kita belajar bersama.Beberapa orang guru baru atau guru dari Omega akan mengambil alih posisi kami yang berpindah dari sekolah ni.”
Kedengaran keluhan para pelajar.Cikgu Mazlinda adalah antara guru terbaik Sekolah Merien,tak banyak kerenah dan tak suka membebel kepada mereka.Bella tidak ambil endah apa yang diperkatakan gurunya.Dia hanya memandang ke luar,melihat langit yang terbentang luas dengan satu keluhan.
.........
Syamrein duduk di kerusi yang terdapat dalam bilik tidurnya,sebuah bingkai gambar yang sudah bertahun tahun disimpannya terletak cantik di satu sudut meja.Syamrein tersenyum kecil sebelum mengelus elus lembut wajah gadis kecil yang berpegangan tangan dengannya dalam foto tersebut.Gambar yang diambil 7 tahun lepas.Syamrein merenung gadis kecil dalam foto itu dengan satu perasaan yang kerap dirasainya sebelum ini.
“Hahh..Zyya..dah lama betul saya tak berjumpa dengan awak.Kata mama dengan papa,Uncle Is kata awak dah banyak berubah..dah tak suka menangis macam dulu.Kata mama awak dah membesar dengan sangat cantik....Sampai hati awak langsung tak ingat untuk jumpa saya.Padahal,kita rapat masa kecil dulu.Awak tahu tak yang saya sangat rindukan awak..”
“Ehem,ehem!”
Syamrein berkata sendirian sebelum dia terkejut besar apabila terdengar suara seseorang berdehem kuat.
“Mama,terperanjat Syam.”
Tengku Maria tersenyum manis kearah anak bujangnya yang baru saja 3 bulan pulang dari America Syarikat setelah menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.Syamrein yang menyedari pandangan penuh makna ibunya segera saja meletakkan foto tersebut ke tempat asalnya.
“Tak payahlah tenung lama lama gambar tu,nanti kalau Syam dah jumpa dia,Syam lamarlah dia jadi menantu mama yer?”
“Apa yang mama merepek ni,Syam belum sedia nak kahwin lagilah mama.Syam cuma nak jumpa dengan dia jer,dah lama betul Syam tak jumpa dia..”
“Hmph..yelah tu,rindu sangat nampaknya anak mama ni dekat anak Uncle Is yer..?”
“Mama..”
Tengku Maria menggiat dan wajah Syamrein mula merah menahan malu yang datang tiba tiba.
“Dahlah Syam,tak lama lagi jumpalah kamu dengan Zyya tu,jom turun bawah,kita makan tengah hari bersama.”
“Ok.”
Syamrein dan Tengku Maria beriringan menuruni tangga villa mereka sebelum langkah mereka terhenti apabila Tengku Emylia Atikah nyaris nyaris saja merempuh mereka dan meluru berlari ke meja makan.Syamrein merengus geram.
“Adik tu nak ke mana,dalam rumah pun nak berlari ker.”
“Nak keluar dengan kawan kawan dialah tu,tu tak lainlah nak minta duit dengan papanya.”
Syamrein mengeleng geleng kepala melihat adiknya yang sedang merengek rengek manja ke arah Tengku Hariz yang sedang duduk di meja makan.Memang pandai membodek.
“Ika nak buat apa duit banyak macam tu,baru jer minggu lepas papa masukkan RM 5000 dalam akaun Ika kan,takkan seminggu dah habis kot?”
Tengku Hariz memandang wajah puterinya itu.Puterinya itu memang agak kecil tubuhnya dan jika orang tidak mengetahui umurnya pastilah beranggapan anaknya itu masih berada di sekolah rendah.Namun,wajah comelnya memang tidak boleh dinafikan.Lebih lebih lagi kalau dia merengek meminta sesuatu.
“Duit tu ada lagi,tapi Ika malas nak keluarkan dari mesin ATM,bolehlah papa..seribu jer,Ika nak beli tiket konsert Girls Generation.Takut nanti dah sold out.”
“Seribu jer?Adik ingat seribu tu macam seringgit ker?Papa jangan bagi muka dekat budak ni pa,jangan ikut jer permintaan dia.Tak habis habis dengan konsert artis Korea dia tu.”
Syamrein dan Tengku Maria yang kini sudah duduk di kerusi makan menyampuk perbualan ayahnya.Saja ingin menyakat adiknya itu,bukan dia tidak tahu yang Ika tidak pernah terlepas dari menonton konsert artis artis Korea yang bertandang ke Malaysia.Entah apa yang menarik sangat tentang artis negara itu jika hendak dibandingkan dengan artis tanah air sendiri.
“Alah..abang Syam ni,sibuk jer.Adik tak minta duit dengan abang,adik minta dengan papa.”
Ika menjelirkan lidahnya ke arah Syamrein.
“Ika,tak baik cakap macam tu,abang Syam kan abang Ika.Jangan jelir jelir,nanti mama potong lidah tu baru tau.”
Tengku Maria menegur,kurang senang dengan perangai puterinya itu.Syamrein tersenyum puas apabila melihat wajah adiknya yang membersut marah kerana ditegur Tengku Maria.
“Maaf abang Syam ,cepatlah papa..nanti akak marah kalau Ika lambat pergi mall..”
Ika masih menggesa papanya yang hanya tersenyum.
“Sejak bila pula kamu ada akak ni Ika,abang Syam kamu belum kahwin pun?”
Syamrein tersedak kecil mendengar usikan mamanya.
“Mama ni..apa isteri abang Syam je ker yang Ika boleh panggil akak?Akak angkat Ika jauh lebih baik dari semua kakak dekat dunia ni.”
Syamrein tersenyum sumbing.Bersungguh betul adiknya mempertahankan kawan baik yang telah dianggap sebagai “kakak” nya itu.Syamrein mengetahui tentang hal kakak angkat adiknya itu daripada mamanya.Mengikut kata Tengku Maria,adiknya memang tak pernah keluar dengan orang lain kecuali dengan ‘kakak angkatnya’.Teringin juga Syamrein melihat gerangan ‘kakak angkat’ tersebut.Tengku Maria sendiri hanya tahu cerita dari Ika saja,tak pernah pula berjumpa atau bersua muka.
“Ok then,apa kata kalau abang bagi adik RM1000,tapi..abang nak adik makan tengahhari dengan kita orang dulu,lepas tu abang terus hantar adik ke mall?”
Ika melihat jam tangannya seketika.
“Betul ni?Tapi janji makan tak lebih dari 15 minit,lepas tu abang terus hantar Ika ke mall?”
“Ok.”
Syamrein akhirnya menamatkan sesi meminta wang oleh adiknya itu.Sengaja dia ingin menghantar Ika ke mall.Ada barang yang hendak dibelinya disana.Sejak menjadi guru di Sekolah Persendirian Omega ,banyak buku rujukan yang harus dibelinya.Tidak menyangka bahawa tugas menjadi seorang guru tidak semudah yang difikirkan.Kalau tidak didesak ibu bapanya,Syamrein langsung tidak terfikir untuk menjadi seorang pengajar.
.......
“Hahh Ika,nasib baik kau cepat..kalau tak..”
Mata Farah mati pada wajah pemuda kacak yang berdiri disisi kawannya itu.Dia melopong seketika.Syamrein yang menyedari pandangan gadis yang sebaya dengan adiknya itu hanya tersenyum kecil dan menundukkan kepala kebawah.Ini ke akak angkat Ika??
“Kenalkan ni Syamrein, kawan aku,baru balik dari USA.Dia tua 6 tahun dari kita,so hormat sikit yer.”
Ika memperkenalkan Syamrein kepada Farah dan Jeremy yang tidak diketahui bagaimana boleh turut serta berada disitu.Syamrein berjabat tangan dengan sahabat adiknya yang sedari tadi memandangnya dari atas kebawah.Syamrein bersetuju untuk diperkenalkan sebagai “kawan” Ika jika dia berkeinginan berkenalan dengan sahabat adiknya.Kata Ika..adalah satu perkara yang tak ‘cool’ jika membawa ahli keluarga berjalan bersama kawan kawan.Entah dari mana Ika belajar fakta merepek itu.
“Farah,akak mana,tak sampai lagi ker?”
“Princess ada kat tempat parking kereta,kejap lagi sampai lah tu.”
Jeremy menjawab apabila menyedari kelekaan Farah yang sedang mengamati wajah Syamrein.Syamrein agak terkejut dengan kefasihan bahasa melayu Jeremy yang daripada penglihatannya bukanlah berbangsa melayu.Tapi..princess mana pula yang nak datang ke mall itu?
“Hai guys,sorry a little bit late.”
Mata Syamrein terpaku kepada empunya suara itu.Seorang gadis jelita yang mengenakan sepasang short jeans dengan tshirt fit bewarna hitam menghampiri mereka.Mata Syamrein semakin membulat apabila menyedari gadis itu memakai sepasang kasut roda!.
“Kak,kenalkan ni Syamrein,kawan Ika dari USA,dan ..Syam nilah Bella akak angkat Ika.”
Ika tersengih sengih melihat abangnya yang berasa janggal dipanggil “Syam” oleh adik sendiri.Syamrein menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis yang menarik perhatiannya itu.Seperti pernah terjumpa di mana mana.
“Nice to know you,but budak kecik,kau tak ajak kawan kau yang tak sama umur dengan kita or lebih tepat ‘lebih tua dari kita’ ni untuk join aktiviti kita kan?”
Salam Syamrein yang tidak bersambut terlepas ke bawah.
‘Tak sama umur,lebih tua?’.Hahh..biadab sungguh ‘akak’ adiknya ini.Harap muka jer cantik.Syamrein merengus geram.Lantas saja memasukkan kedua tangannya kedalam poket dan memalingkan wajahnya ke arah lain.Meluat untuk melihat wajah gadis kurang sopan itu.Sepatutnya orang tua dihormati.Hahh..tua sangat ke Syamrein ni!!?.
“Taklah kak,Syam ni dah tua,memang tak sesuai join aktiviti kita.”
Syam menjegilkan matanya apabila Ika yang disangka akan membela dirinya mula berpaling tadah.Baru saja Syamrein ingin menjawab.Satu suara lain mematikan tingkahnya.
“Princess,buat apa lagi tu,times not waiting us,hurry up.”
Nazarul yang datang entah dari mana berteriak dari jauh kearah Bella dan rakan rakannya.Syamrein sekadar merenung.
‘Hmph..mungkin teman lelaki budak biadab ni.’
“Oklah,got to go.Girls,kau orang belilah barang macam apa yang kita bincangkan semalam.30 minute ok.Jeremy akan tolong sekali untuk angkat barang barang yang kita beli.”
Baru saja Bella ingin meluncur pergi,langkahnya terhenti apabila terdengar satu ayat yang menyakitkan hati.
“Huhh..suruh beli itu ini,patutlah Ika selalu habis duit,rupanya ada’ kakak’ yang cekik darah duit dia.”
Selamba badak Syamrein berkata.Masa seperti terhenti,Ika ,Farah dan Jeremy sudah menelan liur apabila Bella tidak jadi pergi tetapi meluncur ke belakang dan bersemuka dengan Syamrein.
“Awak tak maksudkan ‘kakak yang cekik darah’ tu saya kan?”
Bella menunding jari ke mukanya sendiri.Nasib baik dia berkasut roda,samalah ketinggiannya dengan ketinggian pemuda kacak yang berani mencari pasal dengannya itu.Wajah pemuda itu ditenung lama.Jarang juga dapat menemui pemuda sekacak itu.Hati Bella memuji muji ketampanan wajah pemuda yang berani mencari pasal dengannya itu.
“Siapa yang makan cili,terasa lah pedasnya.”
Syamrein menjawab,seketika pandangannya tengelam dalam keindahan anak mata Bella yang berwarna hazel.Ika sudah menyiku bahunya.Sudah tentu adiknya ingin mengelakkan pertengkaran dengan gadis itu.
“Ok then,saya tak makan cili,so..tak terasa pedasnya pun.”
“Hah?”
Syamrein terkejut,tidak menyangka yang Bella tidak memarahinya dan berbuat tidak faham atas kiasan yang dikatakannya.
“Bell,buat apa lagi kat sini.Kita banyak barang nak beli ni..”
Kedatangan Azimah,pelajar tingkatan 6 Atas merangkap ‘kakak’ Bella,menjernihkan keadaan.Azimah merenung wajah Syamrein dan Bella seketika.Nampaknya,kalau dia tidak muncul tadi,pasti ada perbalahan yang berlaku.Kalau Bella sudah bercekak pinggang atau berpeluk tubuh adalah kata makian yang bakal keluar dari mulutnya.
“Semalam Bella dah bagi RM 1000 setiap seorang kan?.So,lets shopping now.Tinggal sebulan jer lagi tarikh cheer tournament,sekolah kita tuan rumah,mesti kena buat persiapan terhabis baik.Gerak sekarang.”
Azimah menarik tangan Bella yang masih merenung wajah Syamrein tanpa berkelip.
“Encik Syamrein,balik rumah nanti makan cili banyak banyak yer,barulah rasa pedas ke tak.”
Bella tersenyum sinis sebelum berlalu bersama Azimah meninggalkan rakan rakannya.Syamrein melopong dengan wajah merah menyala menahan geram.Tidak menyangka yang dirinya disindir kembali.
“Tulah..lain kali bercakap tu jangan pakai serkap jarang jer.Kak Bella tu anak jutawan lah abang.Tak de maknanya dia nak kikis duit adik abang ni..Dia awal awal dah bagi kita orang duit untuk shopping hari ni..Hati hati memandu yer,jangan lupa makan cili bila balik rumah nanti..”
Ika berlalu dengan tawa besarnya setelah berbisik ke telinga Syamrein yang masih terpaku di situ.Perasaan Syamrein bercampur baur,marah,geram,juga bersalah kerana menuduh Bella yang bukan bukan.Niatnya untuk membeli buku rujukan dibatalkan,Syamrein berlalu keluar dari mall itu.Tidak sanggup menghadapi kemungkinan bertembung dengan Bella sekali lagi.
..........
“Siapa handsome boy tadi Bell?”
Azimah bertanya sebaik saja Bella leka memilih beberapa jenis perhiasan untuk menghiasi dewan sekolah mereka untuk pertandingan sorak yang bakal berlangsung tak lama lagi.Bella yang suka mengikat rambut style samurai itu memandang ke arah Azimah yang telah dianggapnya seperti kakak kandung sendiri.
“Kawan Ika,ada ker dia cakap Bell pakai duit Ika untuk beli semua barang kita ni,mulut macam longkang.Nasib baik akak datang tadi..”
“Bell..jaga sikit perangai tu,tak elokkan asyik cari pasal dengan orang jer atas perkara yang remeh temeh.”
Azimah memberi nasihat,dia sudah lama mengenali Bella.Semua kisah suka dan duka gadis itu berada dalam kamus hidupnya dan sebab itulah dia tidak kekok berkawan dengan Bella walaupun perangai mereka jauh berbeza.
“Tak lah kak,Bell tak cari pasal pun.Tengok ni,cantik tak?”
Bella melekapkan satu brooch bewarna merah hati berbentuk bunga mawar di tudung Azimah.Dalam kumpulan ‘kawan’ Bella,Cuma Azimah yang bertudung dan kerana itulah Bella mengangkat Azimah sebagai ‘kakak’ nya.Azimah lebih matang dan sopan dalam setiap tingkah laku,tidak seperti sahabatnya yang lain.
“Cantik.”
“Ambik satulah.Bell belanja,dah lama tak belikan akak hadiah.”
“Tapi Bell..”
“Tak de tapi tapi,Bell nak beli,akak mesti terima.”
Azimah hanya mengeleng geleng kepala,bukan senang nak dapat ‘adik’ yang murah hati seperti Bella.Mereka meneruskan langkah sehinggalah langkah Bella terhenti pada kedai majalah dan cd.Matanya merenung beberapa keping majalah sebelum mengambil 5 keping darinya.
“Amboi,tak pernah tertinggal satu pun info pasal ‘prince’ kamu tu yer Bell?”
Azimah melihat cover majalah yang diambil Bella.Semuanya gambar artis yang sama.Siapa lagi kalau bukan pelakon terkenal masa kini.Adryyan Faramy atau nama popularnya Ryan.Bella juga mengambil sekeping filem terbaru artis itu.
“Selagi berhembus nafas ini,selagi berdetik jantung ini,selagi tulah Bell takkan tinggalkan satu maklumat pasal dia ni!!!.Hahaha.Dia ni handsome sangat kan kak?”
Dengan selamba Bella mencium bertalu talu gambar yang menjadi cover majalah yang diambilnya tadi.Azimah hanya mampu menggelengkan kepala.Faham benar dengan perangai adik angkatnya yang satu itu.
“Yelah kalau Ryan tu tak handsome..takde mana nye dia boleh dinobatkan sebagai “Pelakon paling berpengaruh di Asia”,sekarang ni pun dia sibuk shooting filem Hollywood kan,kekacakannya dapat menambat jutaan hati peminat gadis seusia Bell tau?”.
“Memanglah kak,but my prince ni..dia bukan jer kacak,tapi bakat dia nombor satu tau.”
Bella berbicara dengan nada begitu teruja,Azimah hanya tersenyum kecil.Perkara yang paling mudah untuk membuatkan Bella tersenyum adalah bercerita sesuatu perkara yang melibatkan Adryyan Faramy.Pastilah gadis itu akan tersenyum lebar.
“Betul tu,tapi kan Bell..akak tengok..kawan Ika tadi tu handsome jugalah,terkejut juga akak tengok dia tadi.Ingatkan artis Korea mana tersesat kat Malaysia ni.”
Bella mencebik bibir,kata kata Azimah memang tidak dapat disangkal.Dia sendiri agak terkejut melihat ketampanan Syamrein sebentar tadi.Namun kerana kelancangan mulut pemuda itu berkata kata,rasa minatnya bertukar menjadi meluat.
“Handsomelah juga.Tapi tak sehandsome my prince.”
“Yelah tu dek.Em,tapi bila kamu nak jumpa prince kamu tu?”
“Entahlah kak,mungkin lepas saya habis SPM kot..Apa apa pun... Just..Lets the destiny make it.”
Bella menghela nafas panjang sebelum menarik tangan Azimah agar beriringan dengannya menuju ke bahagian lain mall itu.
No comments:
Post a Comment