Friday, October 28, 2011

NOVELOG:BAKAL ISTERIKU,GANGSTERNYA!!! BAB 4,5

BAKAL ISTERIKU,GANGSTERNYA!!! BAB 4,5

BAB 4
“Apalah malang nasib kereta saya dilanggar kereta perempuan tak bermoral macam awak ni yer..em..pastilah sebab pemandunya memang suka langgar undang undang?”
Syamrein menyangkutkan kaca matanya di atas kepala sebelum berpeluk tubuh memandang wajah putih yang merah menahan marah juga panas terik matahari itu.Sengaja dia ingin melihat sejauh mana Bella mampu menangkis kata katanya.Takde angin takde rebut tiba tiba saja gadis ini muncul di depannya..
“Hahh..tak bermoral kepala dia..eh sekarang ni kau yang brek mengejut,apehal plak kau nak kata aku langgar undang undang,kepala kau sihat ke tak??”
Lancang sekali mulut Bella berkata,dia yang selalunya ‘cool’ bila berhadapan dengan incident seperti itu mula mengeluarkan taring bila melihat wajah pemandu yang sudah dilabel sebagai musuhnya,siapa lagi kalau bukan Syamrein.Masuk ini,sudah tiga kali pemuda itu mencari pasal dengannya.Bella menyinsing lengan bajunya yang sedia pendek sehingga paras bahu.Gadis itu betul betul naik angin.
“Kepala saya sihatlah...Ada kucing melintas jalan....sebab tulah saya brek mengejut.”
Syamrein cuba memberi penjelasan.Walau seburuk manapun perangai seseorang,Syamrein tidak akan sesekali menggunakan bahasa yang kasar seperti ‘kau’ dan ‘aku’.Ibu bapanya selalu mengajar tatatertib kesopanan sesama manusia..Adakah Bella tidak di ajar dengan ilmu seperti itu??.Hatinya tidak dapat lari dari memuji kecantikan gadis yang hanya mengenakan sepasang jeans lusuh dan tshirt bewarna putih yang berdiri di hadapannya itu.
“Oh..kucing,..kalau kau langgar jer kucing tu lagi bagus tahu tak,tak lah habis bumper kereta aku kau buat.”
Bella masih mengherdik Syamrein,tangannya beberapa kali diajukan ke arah bumper depan kereta sport Mazda RX-8 bewarna silver yang telah remuk.
“Awak ni memang tak berperikemanusiaan lah.” Syamrein menjawab.
“Ada aku kisah?”.Bella tak mahu kalah.
“Awak ni kan memang mulut jahatlah,sepatutnya awak hormat saya sebagai seorang guru,kawan kepada kawan awak dan orang yang lebih tua dari awak,ni tak..cakap ikut sedap mulut jer..belajarlah berbahasa sikit cik adik oi.”
Sempat pula Syamrein memberi ceramah percuma di tepi jalan raya,mujurlah kawasan perumahan itu sunyi.Semua penghuni masih bekerja atau duduk di dalam rumah masing masing.Jika ada orang yang melihat incident itu,pastilah Syamrein tidak berkesempatan mematahkan kata kata biadap Bella.
“Mulut aku jahat ke baik,kau tak payah ambil kisah,kau bukan guru sekolah aku,bukan kawan aku juga bukan orang tua aku.So,tak perlulah aku nak hormat kau.Kau tak payah nak ‘sekolahkan’ aku kat sini,bumper depan kereta aku dah rosak,aku nak ganti rugi sekarang!!”
Syamrein mendengus kasar,kalau diikutkan hati ada juga ditamparnya mulut gadis cantik itu.Cantik memang cantik,tapi bahasanya sungguh hodoh untuk didengar!!.Namun,bukan lelaki namanya jika dia menampar seorang wanita.Syamrein beristighfar dalam hati sebelum mengeluh panjang,Dia melihat jam Swiss Polonya,pukul 4.30 petang,sudah terlewat setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk berjumpa dengan Zyya.
“Ok,saya pun malas nak berleter panjang kat sini dengan perempuan kurang ajar macam awak,saya ada perjumpaan dengan ‘bakal isteri’ saya,awak boleh ambil kad nama saya ni..esok hubungi saya,saya akan bagi awak ganti ruginya.”
Selamba saja Syamrein menekankan perkataan ‘bakal isteri’,seperti sudah yakin saja Zyya akan menjadi isterinya.Kad nama yang dihulur Syamrein ditepis kasar oleh Bella.Bella mencerlung marah.
“Ha??Esok??.Aku peduli apa kau nak jumpa ‘bakal isteri’ or ‘bakal suami’ kau,aku tak nak esok,aku nak hari ni juga.Kau bayar ganti rugi sekarang atau kita sama sama pergi balai.”
Syamrein mengeleng kepala,tiada gunanya bertengkar dengan gadis berhati batu ini.Syamrein mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan RM 1000.Duit itu diberikan kepada Bella.Mujurlah masih ada wang tunai yang agak banyak dalam walletnya,jika tidak pastilah Bella akan berterusan menganggunya.Bukan Syamrein tidak mahu pergi ke balai polis kerana takut bersalah tapi dia tidak mahu membazirkan waktu yang sepatutnya sekarang diisikan bersama Zyya..
“Ha,RM 1000 jer??.Ini sport car MAZDA RX8 lah brother,kau bagi aku seribu,boleh betulkan lampu kereta yang pecah ajer.Aku nak RM 5000.”
Membulat mata Syamrein mendengar permintaan gadis itu.Dia sudah banyak kali juga mengalami kemalangan yang melibatkan kereta.Namun,tidak pernah pula dia berjumpa dengan pemandu yang sesuka hati meminta wang ganti rugi mengikut sedap mulut mereka berkata.Tambahan lagi pemandu wanita,tapi tidak dalam situasi ini,Bella memberi respon yang lebih dashat mengalahkan seorang lelaki.
“Ok,sekarang macam ni,kita sama sama pergi bengkel dan kita tanya berapa kos nak baikkan kereta awak ni,lepas tu saya bayar ganti rugi,boleh?”
Syamrein cuba bertolak ansur dan menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.Bella terdiam seketika,tadi kata nak jumpa ‘bakal isteri’,sekarang tak jadi plak.Padan muka,cari pasal lagi dengan aku.Boleh tahan juga sabar ‘kawan’ Ika ni..
“Ok,sekarang.”
Bella memasuki keretanya.Syamrein terpaksa menalifon Tan Sri Iskandar dan memberitahu yang perjumpaanya dengan Zyya terpaksa ditangguhkan kerana melanggar kereta seorang ‘perempuan gila’.Mujurlah Tan Sri Iskandar memahami.
Setibanya di bengkel membaiki kereta berdekatan yang bernama ‘AH-HONG WorkShop’,Syamrein dan Bella sama sama berjumpa dengan tauke bengkel itu.Seorang cina tua yang berumur lingkungan 40 an tersengih sengih melihat Bella.
“Apek,ni bumper kereta gua sudah rosak hentam ini orang punya kereta,boleh lu kasi tahu berapa kos untuk baikkan gua punya bumper kereta pada ini orang.?”
Bella bertanya kepada tauke bengkel yang Syamrein pasti sudah dikenali gadis itu.Syamrein agak tercengang melihat gaya Bella bercakap,seperti gangster saja lagaknya.Sudahlah sebelah dari kaki gadis itu di naikkan atas kerusi plastic yang tersadai di bengkel itu..Tak sopan sungguh!!!.Apek itu mengelilingi kereta Bella sebelum memicit micit kepalanya.
“Amoi,ini rosak agak banyak,dalam RM 4800 gua bagi settle,seminggu siap,boleh?”
Bella memandang Syamrein dan Syamrein hanya mengangguk kecil.Tidak menyangka yang bayaran yang diminta Bella hampir tepat dengan kos sebenar untuk memulihkan kereta itu.Sememangnya kereta yang jarang berada di pasaran sukar untuk mendapatkan barang gantian,kerana itulah harganya mahal.
“Ok apek,ini orang bayar sama lu,dalam seminggu gua ambil ini kereta.”
“Siap amoi,...”
Syamrein baru saja berura ura ingin mengeluarkan bayaran deposit..
“Tapi kan amoi.. gua banyak hairan kenapa itu Naz bagi lu bawak kereta dia walaupun lu takde lesen.Itu Naz banyak sayang sama lu lar amoi,sudah 10 kali masuk wa punya bengkel pun,dia  masih bagi lu bawa dia punya kereta ma..”
Syamrein tercenggang,walaupun apek tersebut bercakap bahasa melayu dalam loghat cina,dia masih jelas memahaminya.Bertambah jelas jangkaannya apabila melihat wajah Bella yang pucat tiba tiba.Begitu berani gadis itu menipu dirinya.!Sudahlah meminta ganti rugi dengan cara tidak beradab,pertemuan dia dengan Zyya juga dibatalkan.Memang gadis ini cari nahas!.
“Apek,cancel saya bayar ganti rugi amoi ni,dahlah kurang ajar penipu plak tu.!!!Sekarang..kalau awak nak ganti rugi,kita sama sama ke balai polislah cik Bella yer.Sekarang pulang RM 1000 saya tadi.?”
Dengan tahap malu yang menggunung,Bella memulangkanRM1000 yang diberikan Syamrein sebentar tadi.Bella tidak mampu memandang wajah pemuda yang cuba diperbodohkannya itu.Kalau  mereka ke balai polis,sudah pastilah Bella yang menempah masalah dengan pihak berkuasa kerana memandu tanpa lesen.
“Kecik kecik ada hati nak tipu orang tua.Perangai macam gangster..macam manalah saya boleh terjumpa perempuan macam awak ni.”
Syamrein menjegilkan mata kearah Bella sebelum meninggalkan bengkel itu dengan perasaan bengang.Bumper belakang keretanya yang rosak tidak dipedulikan.Dia tidak boleh berdepan lagi dengan gadis itu.Jika kesabarannya sudah sampai ke kemuncak,mungkin dia akan memukul gadis itu.Sebelum kejadian tidak diingini terjadi lebih baik dia segera beredar.
Sepanjang perjalanan Syamrein menepuk dahinya sendiri beberapa kali.Bagaimanalah dia tidak terfikir dari awal untuk melihat lesen memandu Bella.Padahal gadis itu seusia dengan adiknya.Hmph..mungkin kerana Bella sangat mahir menggunakan provokasi sampai Syamrein sendiri berjaya diperbodohkan.
“Lu apek,mulut banyak suwei lah.Lu tau tak sekarang ini kereta Naz rosak,itu orang tak mahu bayar,ape pasal lu cakap gua takde lesen,kantoi ma..”
Bella melepaskan kemarahannya pada apek yang hanya tersengih sengih seperti kerang busuk .Apek yang sudah lebih 2 tahun membaiki kereta yang selalu dirosakkan Bella amat mengenali gadis itu.Bella pernah memberitahu yang dia tidak mempunyai lesen dan amat berani membawa kereta kepunyaan Naz.Hanya Naz yang sanggup memberi pinjam kereta untuk dipandu Bella.Masakan tidak,tidak sah jika tiada kemalangan berlaku ketika Bella memandu kereta.Dan..Bella tidak boleh memandu kereta sendiri jika Tan Sri Iskandar berada di rumah.
“Gua mana taulah amoi,sorry lah..habis ini kereta mahu bikin atau tak?”
“Huhh,,banyak lah lu punya sorry,lu bikinlah,nanti gua bayar.Cepat tau apek,nanti itu Naz marah sama gua plak.”
Bella mengarah sebelum menalifon Nazarul Syamil,mengkhabarkan kemalangan yang telah terjadi keatas keretanya.Dan...seperti biasa jugalah Nazarul akan berleter panjang mengenai keselamatan dirinya sebelum menjemput Bella dengan motorsikal dan menghantar gadis itu pulang kerumah dengan selamat.Bella bukanlah takde duit untuk membaiki kerosakan kereta yang dipandunya,Cuma...dia lagi suka kalau orang yang ‘dibodohkan’ dengan helahnya membayar kos kerosakan itu.
.......
Bella balik rumah dengan wajah masam mencuka,sudahlah dia mendengar bebelan Nazarul selama setengah jam,dia juga tidak berjaya meminta ganti rugi kereta dengan Syamrein.Kali pertama dirinya rasa begitu bodoh dan kalah!.Bella masuk ke dalam rumah sebelum menghempaskan dirinya ke atas sofa.
“Kenapa ni princess...balik rumah jer muka macam lembu naik minyak??”
Tan Sri Iskandar yang sedari tadi berehat di ruang tamu menegur puterinya yang baru pulang itu.
“Papa,jangan samakan Bell dengan lembu ok?! Tak de sikit persamaan pun!”
Bella membentak ayahnya dengan wajah putihnya yang merah menyala menahan geram.
“Ok princess..maaf kan papa,papa gurau jer...Cuba princess cerita apa yang buat princess papa ni marah sangat ni??”
Tan Sri Iskandar memeluk bahu Bella seraya duduk di sisi gadis itu.Cuba menenangkan puterinya yang berangin tak tentu arah.Bella mendengus kasar sebelum menarik nafasnya perlahan.
“Takde apelah papa,Cuma tadi jumpa dengan ‘lelaki gila’ dalam perjalanan balik.Tu yang lambat sampai tu..em papa,mana tutor Bell yang papa kata nak datang hari ni??Tak nampak pun??”
Bella menukar topik perbualan,jika dia terus bercakap hal kemalangannya dengan Syamrein mungkin kemarahannya akan kemabali menggunung.Jadi lebih baik dia berdiam diri.Tambahan pula,dia memang tidak suka membuat Tan Sri Iskandar bimbang dengan incident incident yang telah berlaku.Papanya itu perlukan rehat bukannya dibebani dengan masalah disiplinnya yang tak terkawal.
“Oh..dia ada hal tadi,mungkin hujung minggu ni papa kenalkan kamu dengan dia.”
Tan Sri Iskandar menggaru garu kepalanya yang tak gatal.Ramaikah ‘orang gila’ di kawasan perumahan Villa Cenderawasih.Sebentar tadi Syamrein menalifonnya dan meminta agar pertemuan dengan Zyya dibatalkan kerana terlanggar ‘perempuan gila’.Bella pula naik angin bila pulang ke rumah akibat berjumpa ‘lelaki gila’.Perlukah Tan Sri Iskandar mengarahkan pihak berkuasa memantau kawasan perumahan mereka untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku??
“Ok then,Bell nak masuk bilik dululah,nak bersihkan otak yang tengah serabut ni..papa kalau nak apa apa,panggil Bell kat bilik yer.”
“Ok princess.”
Tan Sri Iskandar hanya menggeleng geleng kepala apabila bayang Bella hilang di tingkat dua.Hairan apabila memikirkan sikap panas baran Bella yang semakin kelihatan setiap hari.Tan Sri Iskandar mengeluh perlahan,mungkin kesalahannya juga kerana memisahkan Bella dengan puteranya.Jika Daniel berada di sini..pastilah perangai Bella tidak seperti itu.
................
Syamrein memanggil Ika masuk ke biliknya untuk membincangkan satu hal penting.Ika yang langsung tak mengetahui tujuan Syamrein memanggilnya hanya mengikut saja.Syamrein sedang berdiri dan berpeluk tubuh ketika Tengku Atiqah duduk di birai katilnya.Ika memandang abangnya dari atas ke bawah.
Apa kena dengan abangnya hari ini??.Sudahlah bumper belakang kereta remuk,bila mama mereka ajak makan bersama,Tengku Syamrein juga menolak.Katanya takde selera.
“Ada apa abang panggil adek?”
Ika bertanya sebaik saja melihat Syamrein mendiamkan diri.Syamrein mengeluh kecil sebelum berbicara.
“Ika,abang tak suka Ika berkawan dengan ‘kakak angkat’ Ika yang kurang ajar tu.”
Syamrein berkata terus terang.Kemarahannya memang tidak menurun sejak pulang tadi.Kemalangan yang terjadi petang tadi menyebabkan harinya berasa begitu teruk!!.Syamrein tidak akan membenarkan adiknya berkawan dengan Bella yang tidak bermoral itu.Kelak,perangai buruk Bella akan menjadi ikutan Ika.
“Kakak angkat??Maksud abang,Kak Bella ker??”
Ika bertanya untuk memastikan yang abangnya tidak salah orang.
“Yalah perempuan tu.Abang tak suka adek berkawan dengan dia.Dahlah kurang ajar,penipu plak tu.”
“Apa yang abang merepek ni??.Abang tu yang suka cari pasal dengan Kak Bella,sebab tulah akak tak suka kat abang.”
Ika melawan,bukan dia tak tahu semua peristiwa yang telah terjadi.Selalunya Ika ialah antara orang pertama yang akan dihubungi Bella jika gadis itu ingin meluahkan rasa bengang atau sebagainya.Dan..baru sebentar tadi Bella menalifonnya dan menceritakan apa yang telah berlaku antaranya dengan Syamrein.Ika tidak menyokong Bella atas kemalangan itu,namun tidak pula dia terniat untuk memutuskan persahabatan mereka atas hal tersebut.
“Ika ingat abang kisah ker perempuan tu suka kat abang atau tak,abang bukan apa,abang tak nak Ika terpengaruh dengan perangai buruk dia tu..”
“Abang janganlah bimbang dan memeningkan kepala sendiri.Kak Bella tu baik dengan adek,so adik takkan putuskan persahabatan kami sebab abang.Then...adek dah besarlah,tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Oklah bang,adek nak tidur ni.Good night.”
Ika segera keluar dari bilik abangnya,mengelak dari mendengar bebelan panjang Syamrein.Syamrein merengus geram,adiknya pun sama menyakitkan hati.Bukan mahu mendengar kata katanya.Malahan lebih menyanjung perempuan biadap itu.Entah apa ilmu yang digunakan Bella sampai semua orang menyanjungnya..Mata Syamrein berhenti pada bingkai gambar yang berada di atas sebuah meja kecil.
“Maaf Zyya..sebab ‘perempuan giler’ tu,tak dapat saya jumpa awak hari ni...”
Syamrein menghela nafas panjang dan berbaring di atas katilnya.Foto Zyya diambil,di kucup dan dipeluk erat.Semakin memuncak rasa rindunya untuk berjumpa dengan Zyya.Malang sekali perjumpaan mereka terpaksa dibatalkan untuk hari itu.Ini semua angkara Bella!!.Jagalah gadis itu kalau berani mencari pasal lagi dengannya!!
Syamrein berdoa agar malam itu dia tidak akan bermimpi bertemu dengan Bella yang telah mengucar kacirkan hidupnya seharian....
...............................................
BAB 5
Keesokan harinya,pagi yang indah menjadi kelam kabut apabila Bella terjerit pekik bangun dari tidur kerana telah terlambat ke sekolah.Setelah mandi dalam kadar masa terpantas Bella menyarungkan Uniform sekolah yang telah diseterika oleh Mak Jah.Mulutnya terkumat kamit memaki Syamrein kerana membuat fikirannya berserabut sejak semalam dan dia lewat bangun tidur.Setelah bersiap ala kadar,Bella berlari keluar rumah memasuki kereta Mitsubishi Lancer yang telah siap sedia menunggu kehadirannya.Pak Mail diarahkan supaya memandu kereta itu agar Bella lebih cepat sampai ke sekolah.
Walaupun Pak Mail telah memandu selaju yang mampu,pagar sekolah tetap juga telah ditutup.Jam telah menunjukkan pukul 7.40 pagi.Bella telah terlewat 10 minit.Dan...seperti biasa jugalah,pagar belakang Sekolah Omega menjadi pilihan.
Bella melingas melihat ke kiri dan ke kanan sebelum menerobos masuk ke dalam Sekolah Omega.Bella tersenyum puas apabila kakinya sudah sampai di kawasan tembok yang memisahkan sekolah mereka,baru saja dia ingin mengambil jarak sebelum berlari dan melompat satu suara memberhentikan pergerakkan jantungnya.
“Hoi,awak buat apa tu?!”
Lariannya terhenti,matanya terpaku apabila menatap wajah orang yang menegurnya secara tiba tiba itu...
“Kau??!”
“Awak??”
Syamrein yang baru saja ingin memulakan harinya dengan tenang mula berasa benggang apabila terpandang wajah jelita yang muncul tiba tiba seperti hantu itu.Dia baru saja ingin melupakan kemalangan yang terjadi semalam namun gadis itu muncul lagi dalam harinya.Bagai bayang bayang pula.Sudahlah mimpinya dihantui wajah gadis itu.Pening..pening...
Bella mengelabah seketika apabila Syamrein melihat dirinya dari atas ke bawah.Pemuda itu melihat jam tangannya sebelum tersenyum sinis,senyuman yang menyakitkan hati Bella.
“Ha..dah pukul 7.40..awak baru datang sekolah ke Cik Bella??.But..awak salah sekolah ker,ni Sekolah Omega bukan Sekolah Merien.???.Atau sebenarnya awak ada niat nak panjat tembok belakang sekolah kami untuk melompat ke sekolah awak??”
Bertalu talu pertanyaan Syamrein,seperti dapat mengagak pula apa yang hendak dilakukan gadis itu.Masakan tidak,aduan dari Pengawal Keselamatan Sekolah Omega menyatakan yang terjadi beberapa incident pelajar dari Sekolah Merien telah menceroboh masuk ke sekolah mereka demi cubaan melompat tembok yang memisahkan Sekolah Omega dan Sekolah Merien.Ini semua terjadi kerana mereka terlewat datang ke sekolah dan pagar sekolah telah bermangga.Syamrein tidak menyangka yang Bella terlibat sama dalam aktiviti tak bermoral itu.Namun, setelah melihat gadis itu hari ini,dia pasti yang tanggapannya tidak salah.Mujurlah hatinya tergerak untuk meronda ronda di kawasan tembok tersebut sebelum memulakan kelas.
“Er...sebenarnya...er...saya...nak ..jum...pa..pengetua!.Ya,saya ada urusan dengan pengetua Omega.”
Bella yang pada mulanya agak gugup berdepan dengan situasi itu mula mendapat idea untuk meneruskan bicaranya.Syamrein hanya tersenyum jengkel.Dia tidak akan diperbodohkan untuk kali kedua!
“Awak ingat,,awak boleh perbodohkan saya macam semalam ker..ok..awak nak jumpa pengetua kan,jom saya bawa awak jumpa pengetua.”
Muka Bella sudah memucat,bagaimana dia boleh kantoi kali ini!.Nak tak nak terpaksa jua dia menapak ke bilik pengetua mengikut Syamrein dengan mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah pemuda itu.
Setibanya di bilik pengetua,Tuan Haji Ghani menyambut Bella dengan baik sekali,sepertilah gadis itu membuat lawatan di pejabatnya.
“Oh..cik muda Bella,ada apa hal datang ke pejabat saya,jemputlah duduk.”
Bella sudah tersengih seperti kerang busuk apabila melihat layanan baik pengetua itu dan melihat juga ekspresi wajah Syamrein yang membersut marah.
“Tuan tak payah nak beri muka sangat dekat budak ni,dia baru jer menceroboh sekolah kita dan cuba juga untuk melompat tembok belakang sekolah kita ni sebab dia terlewat datang,pagar sekolahnya dah tutup.”
Bersungguh sekali Syamrein memberi keterangan,agak benggang juga Bella yang mendengarnya.Ini sudah lebih!!
“Betul ker cik muda,apa yang cikgu Syamrein katakan tu?”
Tuan Haji Ghani menunjukkan respon yang agak tidak percaya dengan laporan guru muda sekolahnya itu.Masakan Bella anak Tan Sri Iskandar sanggup menceroboh sekolah mereka kerana lewat ke sekolah.
“Tuan tak payahlah bagi muka sangat dekat ‘cik muda’ ni,dia suka putar belit.Cakap macam bangla jual roti.”
Melopong mulut Bella yang mendengarnya.Enak saja mulut Syamrein melemparkan kata kata.
“Orang bodoh jer yang tak faham bahasa ‘bangla jual roti’..”
Sempat pula Bella menjawab.Dalam kamus hidupnya,perkataan mengalah tidak pernah wujud sama sekali!!.
“Wah,dah salah pun melawan lagi yer..awak ni memanglah...”
“Yes pengetua,saya mengaku yang saya memang ceroboh Sekolah Omega untuk panjat tembok belakang tu untuk ke sekolah Merien sebab saya terlewat ke sekolah,pagar sekolah saya dah bermangga.Sekarang puas hati??.Cikgu Syamrein tak payahlah nak cakap saya suka putar belit plak.”
Bella sempat menjegilkan matanya sebelum selamba duduk di sofa yang terdapat di ruangan bilik pengetua itu.Haji Ghani hanya mampu menggeleng geleng kepala,buntu dengan tindakan yang perlu diambil.
“Sekarang tuan dah dengar kan yang dia dah mengaku,sekarang kita ikut peraturan sekolah,saya harap tuan dapat hubungi ibu bapa pelajar ni dan minta mereka datang ke sekolah untuk maklumkan mereka tentang perangai buruk anak gadis mereka ni.”
Tegas sungguh Syamrein berbicara,seolah olah dia menjadi hakim dalam perbicaraan Bella yang melibatkan kes bunuh.Sementara Bella yang sedari tadi meluat mendengar bicara Syamrein mula berasa mual apabila pemuda itu menyarankan agar pengetua menghubungi ibu bapanya.Haji Ghani serba salah untuk menalifon Tan Sri Iskandar,beberapa kali dia memandang wajah Bella,seolah olah meminta kebenaran dari gadis itu untuk memaklumkan kesalahannya pada Tan Sri Iskandar.
“Takpe cikgu,call je papa saya,cakap dengan dia..Bella suruh datang Sekolah Omega,ade hal perlu dibincangkan.”
Seperti pak turut Haji Ghani mengikut arahan Bella,barulah dia berani menalifon Tan Sri Iskandar dan mengulang balik ayat yang dikatakan Bella sebentar tadi.Syamrein hanya mampu merengus geram,tidak menyangka yang pengetua Omega turut teragak agak untuk mengenakan hukuman ke atas gadis itu.
Selang lima belas minit,Tan Sri Iskandar sudah terpacak dalam pejabat pengetua Omega.Dia bergegas ke Sekolah Omega apabila Haji Ghani menghubunginya dan menyatakan yang Bella ingin membincangkan sesuatu.Bimbang juga hatinya memikirkan yang puterinya tiba tiba saja berada di Sekolah Omega.
“Uncle Is,uncle buat apa kat sini??”
Tan Sri Iskandar agak tercenggang apabila melihat keberadaan anak Tengku Hariz di situ.
“Papa,papa kenal ker..dia ni??”
Bella menghampiri papanya yang sedang berjabat tangan dengan Syamrein.Syamrein sendiri sudah terpinga pinga..Mengapa Bella memanggil Tan Sri Iskandar,papa???.Bukankah anak Tan Sri Iskandar..Cuma Zyya seorang saja???
“Baguslah kalau kamu berdua dah kenal,Syam nilah anak uncle..Zyya Adrianna Bella,princess..ni Syamrein Ashraf,bakal private tutor kamu.”
Pengumuman Tan Sri Iskandar yang mendadak itu hanya dijawab dengan satu perkataan dari mereka berdua...
“WHAT???!!!”
....................................
“Papa cakap ‘lelaki gila’ ni bakal jadi tutor Bell??.Papa tak serius kan??.Bell tak boleh terima orang gila jadi tutor Bell.”
Syamrein terpempam,adakah ini semua takdir yang telah ditentukan dari ilahi..Setiap hari..siang dan malam dia berdoa agar dipertemukan dengan Zyya.Dan..doanya memang telah dimakbulkan Allah..Selama ini Zyya selalu muncul didepannya,cuma dia yang tidak dapat melihat kewujudan gadis itu..Sering kali hatinya tertanya tanya mengapa kewujudan seorang Bella membuatkan fikirannya tidak tenteram seperti biasa dan sekarang dia sudah menemui jawapannya..Bella ialah gadis yang ingin ditemuinya selama ini.!
“Syam,malam ni uncle call kamu,kita akan selesaikan masalah ni kemudian.Sekarang,uncle nak bawa Zyya balik,dia kalau tengah marah,cakap apa pun dia takkan dengar.Uncle harap kamu dapat bersabar..”
Tan Sri Iskandar sempat berbisik ke telinga Syamrein sebelum beredar dari bilik pengetua sambil menarik tangan Bella yang masih membebel keatas papanya juga memaki hamun Syamrein yang dibencinya.Haji Ghani sudah lama beredar dari bilik itu,tidak mahu masuk campur dalam hal peribadi keluarga Tan Sri Iskandar.Dia beranggapan yang Bella tidak melakukan apa apa kesalahan.
Bella tidak mengeluarkan sepatah kata sepanjang perjalanan pulang ke Villa Cenderawasih.Bella merasakan hari itu merupakan hari yang paling teruk dalam tahun persekolahannya.Dia terlewat bangun,terlewat kesekolah,terpaksa menceroboh sekolah Omega sesudahnya dicekup oleh Syamrein.Tidak cukup dengan itu,papanya datang ke sekolah dan memberi pengkhabaran tergempar bahawa Syamrein yang cukup dibencinya itu ialah bakal tutor peribadinya.Begitu susah payah dia berusaha untuk masuk dan menghadirkan diri ke Sekolah Merien hari itu,akhirnya dia terpaksa cuti juga setelah Tan Sri Iskandar mengheretnya pulang ke rumah..                     
Keluar saja dari kereta papanya,terus saja Bella masuk ke dalam villa.Dia melemparkan beg sekolahnya dan menghempaskan diri di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.Tan Sri Iskandar mendapatkan puterinya itu dengan hati yang resah gelisah.Tidak menyangka yang anaknya sudah mengenali anak teruna Tengku Hariz  dan dari pandangan matanya Bella cukup membenci Syamrein.
“Whats wrong with you princess??.Hari itu kamu kata kamu boleh terima sesiapa saja dengan tangan terbuka untuk jadi tutor kamu.”
“Yes,i said like that,but kenapa dia papa,Bell benci tengok muka dia.Dahlah hari tu tak bayar ganti rugi kereta Naz,lepas tu berlagak macam dia pengetua sekolah plak.Bell tak peduli papa,pokoknya Bell tak nak lelaki tu jadi tutor Bell!.”
Bella menghamburkan kemarahannya.Tan Sri Iskandar pening,tidak mengetahui punca sebenar mengapa puterinya begitu membenci Syamrein.Ganti rugi kereta Naz??.Dia tidak tahu perkara sebenar yang telah terjadi.
“Princess..kalau sebab duitlah kamu bergaduh dengan Syamrein,kamu cakaplah kamu nak berapa banyak duit pun,papa akan bagi.”
Begitu mudah Tan Sri Iskandar berkata.Syamrein sudah menjadi seteru utamanya,boleh pula papanya ingin merasuah duit agar dia dapat  menerima pemuda itu.Bella berdiri sambil bercekak pinggang.
“Ni bukan pasal duit jer papa,tapi pasal hati.Bell benci tengok muka dia!!”
“But..princess..”
“Kalau orang lain mungkin Bell boleh terima dengan tangan terbuka,tapi kalau dia jangan haraplah.”
Bella nekad,meluahkan apa yang terbuku di hatinya,dia tidak memandang wajah Tan Sri Iskandar.Berasa sangat sakit hati kerana papanya seolah olah menyanjung sangat pemuda yang dibencinya itu.
“Papa tak peduli,kamu nak terima atau tidak,by hook or by crook,Syamrein tetap akan jadi private tutor kamu.!Dan..kalau kamu tak nak juga,takpe..papa tak paksa.Tapi,jangan haraplah papa akan benarkan kamu sambung belajar di Julliard University.”
Mata Bella membulat melihat papanya.Adakah papanya sudah gila atau tidak waras.Mengapa perlu membuat keputusan sedemikian rupa?.Mengapa perlu memaksanya menerima Syamrein sebagai ‘private tutor’ nya.
“But pa,kenapa mesti dia???Kenapa papa tak cari orang lain jer???”
Suara Bella kedengaran tegang saat itu,dia sendiri binggung dengan tindakan papanya itu.Selalunya Tan Sri Iskandar tidak pernah membantah kemahuannya.Tetapi..hari ini lain pula yang terjadi.
“Cukup Zyya Adrianna Bella!.Papa tak nak bertengkar dengan kamu lagi,keputusan papa muktamad.Terpulang pada kamu lah nak terima atau tidak.Kalau kamu teringin sangat belajar dekat Julliard University,kamu tunaikan dulu janji kamu pada papa macam yang telah kita bincangkan dulu.Kalau tidak kamu jangan haraplah untuk sambung belajar di luar Negara terutamanya dalam bidang muzik.Papa takkan benarkan!!.”
Pertama kali Tan Sri Iskandar begitu tegas dengan puterinya yang satu itu.Dia cepat berlalu meninggalkan ruang tamu sebaik saja tamat berkata kata.Jika dia berada di situ lebih lama,mungkin dia akan termakan pujuk rayu Bella.Walau apa pun yang terjadi dia perlu berusaha untuk menjayakan rancangannya bersama keluarga Tengku Hariz!.
Bella terduduk  di ruang tamu,tidak tahu apa yang perlu dilakukannya saat itu...Dia binggung..
..................
Malam itu Syamrein termenung jauh di balkoni yang terdapat dalam bilik tidurnya...Air milo yang dibawa Tengku Maria sebentar tadi langsung tidak bersentuh.Perutnya terasa kenyang dan mulutnya kelu untuk bersuara.
“Maafkan uncle Syam,uncle tak sangka yang keadaan akan jadi macam ni,..tapi uncle tak salahkan kamu..mungkin ada bagus juga kamu dari awal dah kenal Zyya,sekurang kurangnya kamu tahulah perangai dia macammana,kamu tak perlu risau..uncle akan berbincang dengan keluarga kamu untuk batalkan per..”
Tan Sri Iskandar menghubungi Syamrein pada malam kejadian mengejut itu berlaku untuk menerangkan hal sebenar.
“Uncle tak perlu beritahu hal ini pada papa dan mama Syam..Nanti dia orang susah hati pula...Syam cuma nak minta satu perkara dari uncle..”
“Baiklah..uncle takkan cakap dengan ibu bapa kamu.Apa permintaan kamu Syam??”
“Bagi Syam peluang uncle..bagi Syam satu peluang untuk Syam kenal Zyya dengan lebih dekat ..”
Syamrein menyuarakan kesungguhannya untuk meneruskan rancangan mereka walaupun Tan Sri Iskandar sudah  mahu menyerah kalah.
“Tapi Syam,uncle nak kamu tahu yang dia bukan macam Zyya yang dulu..kamu nampak kan perangai panas baran dan perengus dia tadi...??”
“Tak pedulilah sama ada dia Zyya atau Bella,panas baran atau perengus...Syam cuma berharap uncle dapat bagi Syam peluang untuk mengenali dia dengan lebih dekat,mungkin Syam boleh cuba untuk  ubah perangai ‘kasar’ dia tu uncle.”
“Uncle bagi kamu semua peluang yang ada Syam,kalau kamu dapat kembalikan Zyya yang dulu pada uncle,uncle terhutang budi dengan kamu nak..”
Mendatar sekali suara Tan Sri Iskandar,terharu juga apabila mendengar kesungguhan Syamrein untuk mengenali puterinya yang macam ‘singa lapar’ itu.Kalaulah Bella tahu mengenai perancangan sebenar mereka,mahu berantakan seisi bumi...
“Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi gadis itu..”
Syamrein meraup wajahnya sebelum menuju ke tempat tidur.Pada mulanya,Syamrein seperti ingin membatalkan saja perancangan keluarga mereka,namun..wajah Bella semakin kerap muncul dalam benak fikirannya.Wajah kecil Zyya juga wajah remaja Bella bersilih ganti berputar di mata Syamrein.Kenapa perangai Zyya berubah sedasyat itu???.Mengapa Bella yang ditemuinya secara kebetulan mendatangkan impak yang terlalu besar dalam kehidupan Syamrein???.Semua persoalan itu,harus ada jawapannya...
Syamrein sudah bertekad,walau apapun yang terjadi,dia tidak akan berpatah balik.Dia harus bersemuka dengan Zyya Adrianna Bella!!!.
..................................
Setelah seminggu berfikir dengan semasak masaknya,Bella akhirnya bersetuju untuk menunaikan permintaan papanya.Bukan senang dia hendak menerima orang yang dibencinya menjadi ‘private tutor’,namun...disebabkan Tan Sri Iskandar mengugut tidak membenarkan dia menyambung pelajaran di Julliard University,terpaksa juga dia menerima Syamrein dengan hati yang tidak ikhlas.
“Selamat datang Syam ke villa uncle..disebabkan kamu dah kenal Zyya so tak perlulah uncle kenalkan lagi..”
Bella tersenyum meluat kearah Syamrein yang membawa sebuah bagasi masuk ke dalam rumahnya.Sakit hati Bella bertambah parah apabila papanya ingin Syamrein tinggal di rumah mereka bagi mengajar dan memantau pelajaran Bella siang juga malam.Padahal tutor peribadinya sebelum ini tidak pula diarah untuk tinggal serumah dengannya.Nampaknya,Tan Sri Iskandar memberikan layanan istimewa pada Syamrein..Namun apa boleh buat..,kerana memikirkan masa depan terpaksa juga Bella mengalah saat itu.
“Hai Zyya...maaf kerana telah menggangu hari awak yang indah ini.”
Syamrein menyapa dengan senyuman mesra.Tergoda juga Bella melihat senyuman itu namun cepat pula hatinya menangkis.
“Not,jangan sesekali panggil aku Zyya..”
“Princess,tolong hormat sikit tutor kamu!!”
Tan Sri Iskandar menengking apabila Bella cuba menggunakan bahasa “kau” dan “aku” bila berbicara dengan Syamrein.Syamrein tersenyum mengejek.
“Ok,ok...AWAK..tolong  jangan panggil saya Zyya yer,sebab nama Zyya tu dah lama mati.Tolong panggil saya Bella.Faham?”
Bella menjegilkan matanya kearah Syamrein yang kelihatan senang hati melihat dirinya dimarah Tan Sri Iskandar.
“Kenapa pula saya tak boleh panggil awk Zyya,itu kan nama awak juga??”
Syamrein bertanya selamba,ingin melihat reaksi Bella.Nah...dia masih tidak percaya yang gadis di hadapannya itu ialah Zyya..Mengapa pula tak boleh menggunakan nama Zyya??Padahal lidah Syamrein sentiasa ingin memanggil manggil nama yang dirinduinya itu..
“Panggillah saya dengan nama Zyya atau nama nama lain..apa yang pasti,saya takkan menyahut kalau orang panggil saya selain dari nama ‘Bella’..”
Syamrein tersenyum lagi,sememangnya gadis ini pandai menjawab.Dia perlulah menyediakan seribu satu pertahanan jika ingin menang dalam perang mulut yang akan berlaku kelak.
“Baiklah Bella,tapi kalau saya boleh panggil awak dengan nama Bella,saya nak awak panggil saya dengan nama ‘Syam’,ok?”
“Saya rasa,kalau saya panggil awak dengan nama ‘keldai’,lagi bagus bunyinya.”
“Princess,tolong jaga kata kata kamu.!”
Sekali lagi Tan Sri Iskandar menegur Bella yang sekadar mencebik bibir tanda tidak puas hati.Bella ingin menapak kebiliknya namun Tan Sri Iskandar memanggil.
“Princess,tunjukkan bilik Syam dan tunjukkan juga kawasan sekitar Villa Cenderawasih ni pada dia.Papa nak keluar kejap..jaga sikit perangai kamu tu.Syam buatlah rumah ni seperti rumah sendiri,kalau Zyya buat hal..report kat uncle yer..”
“Ok uncle,hati hati drive.”
Bella mendengus kasar,papa nya ini memang sengaja buat dia sakit hati.Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kuat dengan satu senyuman jahat..
“Baiklah papa,jom Syam ikut saya naik tingkat atas.Saya nak tunjukkan bilik awak.”
Bella tersenyum sinis,Syamrein hanya mampu tersengih,dia mengikuti langkah gadis itu menuju ke tingkat atas meninggalkan Tan Sri Iskandar yang baru saja berlalu keluar dari villa.
Setibanya di tingkat atas Bella membawa Syamrein menuju ke satu kawasan.Mata Syamrein tertarik melihat dua buah pintu bilik yang dicat dengan warna hitam berbelang putih.Terdapat 5 buah pintu disitu,tiga yang lainnya bercat kelabu sahaja.Bella berhenti di salah satu pintu yang bewarna hitam berbelang putih itu.
“Ini bilik saya..” tunjuk Bella.
“Kalau macam tu saya ambil bilik yang bersebelahan dengan bilik awaklah..”
Pantas saja tangan Syamrein ingin membuka tombol pintu yang juga bercat dengan warna hitam dan putih itu namun dengan pantas juga Bella menampar tangannya.
“Maaf yer Encik Syamrein,agaknya awak dah lupa..ni rumah saya bukan rumah awak.Saya tuan rumah ni jadi tolong dengar cakap saya.Janganlah ada hati nak buat rumah ni macam rumah sendiri..”
Sinis lagi berbisa ayat yang dilemparkan Bella.Syamrein hanya berpura pura tidak mendengar.
“Tapi..tuan rumah ni Tan Sri Iskandar kan??Bukannya awak??.Uncle cakap,saya boleh buat rumah ni macam rumah sendiri..saya rasa awak tak ‘pekak’ kan masa papa awak cakap kat ruang tamu tadi??”
Ambik kau Bella!!.Kena sebijik!!..Pekak??..Bella menjeling wajah Syamrein.
“Dalam rumah ni,bilik ni cuma dua orang jer yang boleh masuk,pertamanya saya dan keduanya tuan bilik ni.Kalau orang lain memandai masuk bilik ni,memanglah menempah maut dengan saya..Bilik awak yang hujung sekali tu.”
Bella sempat memberi amaran sebelum mengarahkan jari telunjuknya kearah sebuah bilik yang terdapat di hujung sudut deretan bilik itu.Syamrein mengangguk angguk kecil sebelum menunggu Bella meneruskan kata katanya.Berhadapan dengan gadis licik seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Alah..awak tu bercakap macam selalu bunuh orang jer..poyo jer lebih..”
Syamrein mengherotkan bibir,menambah sakit hati Bella.
“Aku memanglah tak pernah bunuh orang.Tapi,kalau kau rasa nak jadi yang pertama..tak jadi masalah rasanya..”
Bella menjawab sinis.Syamrein tiba tiba kecut perut.Dari penilaian matanya terhadap perangai Bella,memang tak sangsi kalau gadis ini boleh jadi seorang pembunuh..Eh,biar betul kau Syamrein??
“Hmph..takpelah..kalau awak bunuh saya.,bila saya mati,nanti saya jadi hantu and bunuh awak plak.So,kita sama sama matilah..Awak nak suruh saya jadi hantu Dracula or Pocong??.Hantu Dracula better sikit kot...sebab saya kan kacak.. ”.
Syamrein tak kenal erti kalah.Bella ingin tergelak mendengar ayat loyar buruk pemuda itu.Namun,tawanya hanya di hati saja.Orang tengah sakit hati,pandai plak nak buta lawak bodoh..
“Bercakap dengan awak ni boleh sakit mental..Awak ada kaki dan mata kan,saya dah tunjukkan bilik awak,so sekitar rumah ni,awak tengoklah sendiri.Kata nak buat macam rumah sendiri kan...so tak payahlah saya tunjuk.Then,tak payahlah berangan nak jadi hantu Dracula..awak bukan kacak sangat pun..”
Bella tersenyum sinis sebelum masuk kebiliknya dan menghempaskan pintu dengan kuat.Syamrein hanya mampu menggeleng geleng kepala sebelum berlalu ke arah bilik yang ditunjukkan Bella.Sudah mengagak yang gadis itu hanya berpura pura baik terhadapnya  di hadapan Tan Sri Iskandar.Sekejap guna ‘kau’ dan ‘aku’,sekejap guna ‘saya’ dan ‘awak’ pula.Pelik..Pelik...Matanya sempat melirik ke arah pintu bilik yang menarik perhatiannya sebentar tadi.
‘Mungkin pintu bilik Tan Sri Iskandar agaknya..’
“Maafkan princess kami..encik..”
Mak Jah yang sedari tadi melihat perbualan cik mudanya dengan Syamrein segera mendapatkan pemuda itu apabila Bella kelihatan ‘lepas tangan’ untuk melayan tetamu baru villa itu.Tan Sri Iskandar sudah berpesan agar semua pembantu rumah melayan Syamrein dengan baik.
“Panggil saya Syam saje makcik.Makcik pekerja villa ni ker?”
Syamrein menyalam tangan wanita tua itu sebelum bertanya ramah.
“Ya Syam,Mak Jah ketua pembantu rumah villa ni.Panggil makcik Mak Jah jer nak.Dah lebih 30 tahun Mak Jah kerja kat sini.Sejak Tuan Besar masih muda dan Princess Bella belum dilahirkan.Marilah Syam.Mak Jah tunjukkan persekitaran villa ni.”
Syamrein mengangguk angguk,agak senang hati apabila kedatangannya ke villa itu sekurang kurangnya diterima oleh orang lain kecuali Bella.Syamrein meletakkan bagasinya dalam bilik yang ditunjukkan Bella sebentar tadi dan mengikut langkah Mak Jah.
“Bella memang panas baran macam tu ker Mak Jah?”
Syamrein bertanya setelah Mak Jah menceritakan serba sedikit tentang pembinaan villa itu yang telah berdiri gah di Damansara Hills lebih kurang 50 tahun.Struktur pembinaanya cantik,hiasan dalam rumah tampak moden dengan kombinasi warna hitam,putih,kelabu dan krim.Hampir 70 peratus perabut di Villa Cenderawasih itu berasaskan kaca.
“Taklah Syam,princess kami tu baik dengan orang orang yang dia suka jer.Dia layan semua orang gaji kat rumah ni macam keluarga betul dia saja.”
“Hahh..nampaknya Bella memang tak suka dekat saya lah ni,sebab tu dia berangin semacam ajer..”
Mak Jah ketawa kecil mendengar keluhan Syamrein.Molek benar paras rupa teruna itu,tidak pernah pula Mak Jah melihatnya sebelum ini,namun hati tuanya berkata..dia kenal akan Syamrein.
“Syam cubalah berbaik dengan princess tu,kelak dia akan layan Syam dengan baik juga.Angin berlawan dengan api,tak ke mana Syam..makin marak jadinya adalah..”
Mak Jah memberi nasihat.Dia dapat melihat yang Syamrein tidak mahu mengalah melawan kata kata Bella begitu juga sebaliknya.
“Mak Jah,boleh saya tahu kenapa satu rumah juga dekat sekolah..semua orang panggil Bella..’princess’??”
Syamrein bertanya hal yang satu itu,sudah lama dia ingin tahu mengapa semua orang memanggil Bella ‘Princess’,padahal gadis itu bukanlah berketurunan diraja.Setahunya,sewaktu dia kecil dulu Bella dipanggil dengan nama ‘Zyya’ sahaja.
“Mak Jah memang dah terbiasa,’princess’ tu nama gelaran yang diberikan ibu angkat Bella sejak Bella kecil.Jadi semua orang kat rumah ni panggil Cik Muda Bella dengan gelaran ‘Princess’.Semua yang Cik Muda Bella mahukan pasti akan tercapai,sebab itulah gelaran ‘princess’ sangat cocok dengan dirinya.”
Syamrein mencebik bibir di belakang Mak Jah,patutlah Zyya yang dikenalinya dulu telah berubah menjadi Bella yang dasyat.Ini semua kerana layanan ‘puteri’ yang sentiasa diterimanya.Em..bagaimanalah Syamrein boleh lupa yang nama penuh Zyya ialah Zyya Adrianna Bella??.Bagaimana Syamrein boleh menghadapi hari hari yang mendatang dengan tinggal sebumbung bersama Bella dan bagaimana caranya Syamrein ingin mengubah perangai biadab gadis itu kelak???

P/S:Please leave a comment after read this entry..thanks 4 reading!!!.Next entry will coming on Tuesday next week!!if u like this novel,plese share this link on your facebook.

1 comment:

  1. Situs Judi Slot Online Terbaik & Judi Online Casino
    Situs septcasino judi slot online terbaik & kadangpintar judi online casino online terpercaya Indonesia. 100% 메리트카지노 match bonus on first deposit of at least HK$ 10 000.

    ReplyDelete